Wednesday, September 23, 2009

yang dilupakan...


salam semua.

jumpa lagi dalam kemeriahan shawal. cuma nak berkongsi cerita yang ringkas tentang apa yang kita makin ditinggalkan. tetamu membawa rahmat. tu konsep yang jelas yang rasa-rasanya difahami oleh semua tapi tak ramai yang mendalaminya.

masa raya baru-baru ni, ramai saudara mara yang berkunjung dan keluarga saya berbalas kunjungan. alhamdulillah, tradisi kunjung mengunjung masih tak dilupakan walaupun hanya pada hari raya pertama dah hari raya kedua. janji kita masih saling berkunjung.
malam hari raya pertama, lepas penat melayan tetamu, kami sekeluarga merehatkan mata jam 10.30.

pukul 12 tengah malam kami dikejutkan oleh hon kereta. besan mak, keluarga ipar andak sampai. sesat jalan katanya tu yang sampai pukul 12 tengah malam tu. dalam hati saya ada jugak merungut sebab dah lewat sangat tapi bangun tolong mak menyiapkan juadah. ingatkan yang simple, buat minuman panas dan jamu je la kuih raya tapi mak menyiang bawang dah rencah untuk memasak. 'nak buat apa mak" saya bertanya hairan."nak masak daging untuk makan dengan lemang"jawab mak. "dah pukul 12 mak, mana yang ada je la" balas saya. "setiap tetamu tu kan bawa rahmat, tak elok kita merungut'. terus terdiam saya sambil tolong mak siapkan apa yang nak dimasak.

dalam kesibukan kita mengejar apa yang kita nak kejar, kadang-kadang (selalunya) kita lupa tentang benda-benda macam ni. teguran mak buat saya mengenangkan tentang apa yang dah makin ditinggalkan oleh generasi baru. untuk mak, banyak dah rasanya saya belajar dari mak tentang hidup tapi masih banyak lagi yang mak perlu turunkan.

untuk semua, selamat hari raya. teruskan tradisi kunjung mengunjung kerana ada memberikan rahmat pada tuan rumah.

al-fatihah untuk arwah hj sulaiman bin sat.

jumpa lagi.

Thursday, September 17, 2009

maaf dipinta..

assalamualaikum semua,

lumrah manusia mencipta dusta, mungkin alpa. walau sesempit mana waktu yang ada, saya susun jari sepuluh, mohon maaf atas apa jua kesalahan. minta dihalalkan makan minum. selamat menyambut hari kemenangan, salam lebaran.

Saturday, September 12, 2009

yang membezakan..

kuliah subuh baru-baru ni telah membincangkan tentang bab ibadah. ustaz yang menyampaikan kuliah amat pandai untuk menggunakan contoh-contoh yang mudah agar senang difahami oleh jemaah. ibadah berlaku apabila hambaNya merasakan diri mereka cukup hina di sisi Allah, dia ingat Allah pencipta maka terjadilah ibadah. konsep yang amat jelas dalam beribadah ialah ikut apa yang nabi buat. kalau nabi tak buat, jangan kita mereka-reka ibadah, hilang untuk dapat pahala dan keredaan Allah tetapi mendapat murka Allah. Sesuatu yang pasti, untuk kita memegang passport sebagai umat islam (bukan melayu ye) kita kena solat kerana yang membezakan umat islam dengan orang-orang kafir ialah solatnya.

Dizaman umat manusia dahagakan ibadah tanpa faham benar-benar akan maksud ibadah, maka timbul ajaran-ajaran sesat yang ibadahnya direka-reka oleh pengasasnya. Di Selangor sahaja terdapat 71 ajaran sesat yang sudah disiasat dan disahkan. Statistik ini tidak termasuk yang belum disiasat dan belum disahkan.

Kebanyakan ketua-ketua ajaran sesat ni memikirkan konsep ibadah ikut logik akal. sebagai contohnya, solat ialah cara kita ingatkan Allah. Kalau secara logik akal, kita berzikir pun kita ingat Allah. ada ajaran sesat yang menganjurkan pengikutnya tidak perlu sembahyang, hanya berzikir sebab maksudnya sama, mengingati Allah. Kalau kita berbalik pada amalam Nabi Muhammad s.a.w, pesuruh Allah yang tidak pernah lekang dari berzikir, namun Rasulullah juga bersungguh-sungguh dalam solatnya untuk mengingati Allah sehingga bengkak kaki baginda. Malah baginda juga tidak pernah tinggal solat berjemaah. Jika kita berbalik kepada konsep asas beribadah tadi, buat apa yang Rasululah buat, nescaya kita selamat. Tak kira lah sheikh atau tuan guru yang menganjurkan ajaran sesat tu pakai serban sebesar rumah, sesat tetap sesat.

Kajian oleh universiti tempatan tentang sinario orang-orang kenamaan yang menjadi pengikut ajaran sesat. ini adalah kerana diwaktu mudanya, tidak pernah kenal agama. bila dah berusia, sudah insaf, bertemu pula dengan ketua ajaran sesat, jadi mereka ikut tanpa faham akan konsep Islam kerana mereka dijanjikan syurga oleh ketua-ketua ajaran sesat. mintak kita dijauhkan dari semua benda-benda yang sesat ni.


Kisah ni saya tulis sekadar berkongsi apa yang saya dapat sambil mengingatkan diri saya agar kita jelas tentang konsep beribadah. Allah maha memurah lagi maha mengasihani. Walaupun segala nikmat telah kita gunakan, antaranya nikmat pancaindera, nikmat hidup, nikmat udara, namun kita masih tidak solat dan tidak ingart padaNya, Allah masih memberikan kita ruang dan peluang untuk hidup di bumiNya. Jadi untuk ingatkan diri saya dah rakan-rakan, jangan tinggalkan solat, tiang agama kerana rosak tiang, goyanglah agama.

moga kita sama-sama dapat rahmat dari Allah, amin.

jumpa lagi, assalamualaikum.

Thursday, September 10, 2009

berkat..

ahad lepas, saya menerima jemputan untuk ke majlis berbuka puasa, pelajar sulong PLK-POLIS di restoren ali rangers, cheras. berbelah bahagi jugak nak pergi sebab agak jauh dan jalan confirm akan jem. nak ikut highway persekutuan jangan cakap la. ikut kesas mesti sangkut lepas bukit jalil. dalam dok fikir tu, ali offer suruh pegi pegi dengan dia (ni bukan ali pemilik restoren tu ye). orang ngantuk disorongkan bantal, tanpa fikir panjang terus saya setuju. rezeki lagi baik bila hari kejadian, en. rahim sah booked kereta INED, so car pool untuk ke sana.

alhamdulillah, perjalan memang lancar.

Hilang nak mengelakkan jem, group kami (en. rahim, ali, hisyam dan keluarga) sampai awal, macam kami pulak yang handle majlis berbuka ni. tapi tak pe, sampai awal lebih baik dari sampai lewat atau tak sampai langsung kan.

restores ali ni simple je. tepi jalan, macam warong tapi dah upgrade. menurut sumber, restoren tu dah ada kat situ lebih dari 20 tahun. pemilik dia india muslim, ali ganges namanya (dato kalau tak silap).

yang nak diceritakan kat sini bukan tentang restoren yang simple tu tapi murninya niat tuan punya restoren. restoren dia memang tak dibuka di bulan ramadhan ni tapi hanya dibuka untuk siapa yang tak mampu, sesiapa saje sebenarnya untuk berbuka sebab dia nak bersedekah. kira cashier dia tutup la untuk sebulan. bukan itu saja, pemilik restoren ni beli pulak satu rumah di hadapan kedainya dang dijadikan masjid dan tempat untuk tabliq dan musafir untuk menginap. pemilik restoren jugak buat asrama untuk anak-anak yatim dan saudara baru di kawasan yang berhampiran.

ikhlas sungguh pemilik restoren ni dalam membantu umat seagama. semoga dengan niat yang ikhlas, seluruh keluarga dan umat islam setempat mendapat berkat dari apa yang di usahakan.

kepada batch sulung PLK-POLIS, terima kasih daun keladi atas undangan.

selamat berpuasa dan selamat menanti ambang shawal.

Monday, September 7, 2009

dugaan...

berkesempatan mendengar tazkirah ramadhan dari ustaz farhan al-hafiz. ceritanya amat ringkas, 30 minit diantara solat sunat tarawikh. Ustaz farhan dilahirkan beragama kristian, dididik dengan tradisi kristian yang kuat hingga dia menjadi pendakwah kristian di sabah. dalam kristian, bidang yang diambil ialah bidang ketuhanan, membandingkan agama. dia mencari kelemahan agama islam. 6 tahun belajar, dengan izin allah, telah dibuka hatinya untuk memeluk islam bila di kaji, islam tiada cacat celanya. bukan atas kepentingan apa-apa, tapi memang dia ikhlas untuk memeluk agama islam.

ayahnya ketua gereja di tempatnya, memang sensitif dengan islam. nasib baik emaknya sempat tolak senapang yang dihalakan pada ustaz farhan bila ayahnya tau dia masuk islam.sebelum pergi, dia peluk mak dan adik beradik. kalau betul jalan yang dia pilih, dia akan kembali ke kampungnya, untuk berdakwah. sayu saya dengan dia bercerita.

di pendekkan cerita, 2 tahun 6 bulan belajar mengaji, dia hafal al-quran dan terus buat keje-keje dakwah. setiap kali dia berceramah, dia mintak hadirin untuk doakan agar dilembutkan hati ayah dan emak untuk memeluk islam. alhamdulillah, selepas 8 tahun buat keje-keje dakwah, ayah dan emak ustaz farhan masuk islam. setakat ni, dia dah tutup 10 gereja di sabah dan islamkan 4500 orang disabah, sikit je katanya.

bila mendengar cerita ustaz farhan, kerdilnya rasa diri ini, tapi amat bangga kerana ada umat islam yang duduk di barisan hadapan untuk memperjuangkan islam. cuma saya renung pada dari sendiri, nikmat lahir dalam islam. jika dibandingkan dengan ustaz farhan, dugaan kita dalam agama islam amat sedikit. moga sama-sama kita bersyukur.

tapi kebanyakan kita, termasuk diri saya lebih kepada mewarisi apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa kita. moga kita terus berusaha untuk menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, lebih sikit untuk suami atau isteri, lebih sikit untuk anak-anak, lebih sikit untuk masyarakat setempat. aminnnnn....

anak-anak tahfiz

diberi kesempatan dan kekuatan untuk berjemaah subuh, syukur alhamdulillah.pahalanya amat banyak, seumpama sembahyang sepanjang malam cuma kadang-kadang kita lupa. itu bukan pokok cerita. apa yang nak diceritakan ialah anak-anak tahfiz di seksyen 7 ni. lepas solat subuh, melihatkan anak-anak tahfiz, kadang-kadang kesian, serban tu nampak berat sangat sebab masing-masing dah ngantuk. comel pun ada.memang mereka berjaga untuk menghafal, tak boleh banyak tido. terfikir, kalau lah mereka ni anak-anak saya, alangkah bahagianya, hafiz in the making.

untuk kawan-kawan, kalau ada kesempatan dan kelapangan, hantar la anak untuk belajar mengaji, jadikan 1 rumah lahirkan 1 hafiz, aman dunia. bila matinya anak adam, hanya tiga perkara yang diambil kira..... moga kita sama-sama berusaha kearah yang terbaik.

Wednesday, September 2, 2009

kawan-kawan lama..

semalam sekali lagi saya berkesempatan buat majlis berbuka puasa kecil-kecilan untuk kawan-kawan ketika di upm dulu. agak penat tapi dengan bantuan isteri persatuan rakan-rakan, semua kerja siap on time. disebabkan menunggu ahli untuk datang, majlis makan-makan terpaksa dimulakan jam 9. tapi yang penting enjoyyyyy, apa... enjoyyyy....

lepas makan, yang lelaki biasa la, merokok di luar. saya yang tak merokok ni pun join jugak tapi sambil makan kaki ayam goreng. yang perempuan sambung borak-borak di dalam. bila dah berkumpul, terlalu banyak kisah-kisah dikolej yang nak diceritakan dan yang terpenting, semua speak the same language, ada joke je, semua dah boleh tangkap. tu lah indahnya zaman belajar. terlalu cepat masa berlalu. bila tengok masing-masing dah jadi ibu dan ayah, rasanya baru semalam sama-sama pegi curi durian kat dusun upm.

kenangan terindah ialah semasa di universiti. bila dah memasuki alam kerja, semuanya lebih pada tanggungjawab. so kepada yang masih belajar, jangan sia-siakan masa ni, join sebanyak mana aktiviti agar ianya menjadi kenangan yang indah, pengalam yang tidak tertulis dalam mana-mana buku teks. anda "gagal" sebagai pelajar universiti jika anda hanya mampu untuk mengenggam segulung ijazah tanpa mendapatkan pengalaman hidup.

yang dah bekerja, jangan sia-siakan persahabatan yang telah anda bila ketika belajar dulu.

jumpa lagi

Monday, August 31, 2009

jangan pandang belakang..

jangan pendang belakang... meninggalkan impak yang agak besar pada masyarakat malaysia dengan genre cerita hantu setempat. memang layak untuk dapat kutipan box office yang tertinggi untuk keseluruhan filem melayu setakat ni. bila sebut je jangan pandang belakang, hampir semua faham benda yang sama.

coretan saya ni membincangkan phrasa yang sama tapi situasi yang berbeza. dalam kehidupan memang kita kena pandang belakang kalau tak haru biru (teringat kat sahabat saya, en amri pantang undur). Baru- baru ni saya sempat borak-borak ngan timbalan dekan hal ehwal pelajar, en. hasnol. katanya dia jumpa kulit ular di belakang almari kat bilik dia. terus saya telan air liur. bilik dia selang dua bilik je dengan bilik saya. lamanya ular tu duduk belakang almari hingga boleh salin kulit. so saya dah pesan kat kawan yang sama floor, tolong tengok belakang ye. again, malang tu berbau tapi mungkin masa tu deria bau kita yang rosak. untuk cik hasnol, jangan buat tali pinggang pulak kulit ular tu. selamat berbuka semua.

ruginya...

hari pertama bulan september 2009, mendung seakan nak hujan. Di malaysia cuma ada dua pilihan cuaca, tak hujan, panas. kalau dah turun salji, cepat-cepat la kita bertaubat. sesetengah mungkin mengeluh dengan hujan tapi pasti ada yang senyum gembira bila hujan. Lumrah manusia, tapi yang penting kita kena sentiasa bersyukur atas kurnianNya. Rugi kalau kita terus merungut tanpa mengambil kesempatan atas situasi yang ada.

teringat saya cakap ustaz dalam tazkirah di masjid sebelum tarawikh semalam. rugi kalau tak ambil kesempatan untuk beribadan di dunia ni. contoh yang mudah, sekiranya kita meninggalkan solat zohor pada hari ni, 1.9.2009, kita tak akan jumpa solat zohor di hari dan waktu yang sama sepanjang hidup kita. tu yang rugi tu. nasihat untuk diri sendiri dan rakan-rakan, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Wednesday, August 26, 2009

istimewanya uitm

hari ni saya dan cik hisyam berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat kemasukan bagi sesi disember 2009. agak lama meeting disebabkan isu status bumiputra. memang agak sukar untuk menentukan taraf bumiputra semasa interview terutama kaum-kaum di sabah dan sarawak. kalau tak di amati betul-betul, salah ambil, jawabnya panel yang menginterview kena la menjawab dengan orang atasan.

Tertarik dengan ungkapan wakil dari fakulti bahasa. "demi anak bangsa, kita kena interview, tapis dengan baik. nak mencari permata, kena pilih, tak boleh main kaut je, tu yang dapat kerang, lokan, kepah dan sliper jepun saiz 6 belah kiri" (yang seliper jepun tu saya tambah la)

itulah istimewanya uitm. kalau ipta lain, cuma menyatakan syarat kelayakan adalah warganegara. so sesiapa yang sedang belajar atau yang dah grad dari uitm, usah diragui, anda memang bumiputra tulin. bangga sebab anda semua dapat belajar di universiti yang unik didunia dan semestinya saya bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang tak seberapa dengan anak-anak bangsa.

"wujud mu di sini, di tanah anak merdeka"

Tuesday, August 25, 2009

malang tak berbau

Dengan menggunakan bot polis yang agak canggih, kami bergerak dari jeti LKIM ke pulau kapas. Angin laut yang menderu membuatkan masing-masing melayan pemandangan indah disekeliling.

"jaga....jaga" tetiba pelajar yang duduk di bahagian bawah bot menjerit. sepantas kilat ada objek putih yang melayang dan mengena muka kak pujiah. rupanya tutup toyogo box untuk simpan peralatan yang melayang.Keadan menjadi cemas. kak pujian dah menekup muka. cuma nampak keningnya berdarah. risau jugak sebab dia pakai spek mata. nasib baik la spek mata yang dia pakai tu dibuat dari plastik, tak de la kaca yang pecah memasuki mata. Cuma spek mata saja yang patah. dengan bantuan en. mad, pembantu perubatan, keadaan dapat dikawal. cuma kak pujiah kena la menahan, seminggu tanpa spek di pulau kapas.

Selamat datang

Alhamdulillah, ramadhan datang lagi dan sebagai hambanya, saya amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan ramadhan. Di kesempatan ini saya nak memohon maaf daripada sesiapa saja yang mengenali saya sekiranya ada salah dan silap.

Kebiasaan tiap-tiap permulaan ramadhan, keluarga akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama dan dikala coretan ini saya tulis, kakak dan kakak ipar sedang sibuk menyiapkan juadah puasa. Semua ada, long, kak long, kak ta, de dan abang de, teh, andah dan keluarga, saya dan keluarga (opsss, maafkan saya), abang pit dan adik saya yang bongsu, izham. Saya hanya ditugaskan menyiang daging dan mengait kelapa. dengan bantuan piji, student yang ikut saya balik kampung, cepat la dapat disiapkan dan dapat ziarah kubur arwah ayah kejap tadi (al-fatihah untuk arwah hj sulaiman bin sat).

Dalam yang lain meriah menunggu puasa, ada dua orang anak sedara yang terbaring mengira waktu untuk berbuka. maklum la, pertama kali belajar puasa. Pak sedara asyik menyakat suruh makan je. nak tergelak jugak bila adik saya pujuk angah untuk tido, esok je berbuka. Untuk angah dan yamin, alah bisa tegal biasa. teruskan usaha-usaha murni. teringat masa mula-mula belajar puasa dulu, air liur pun tak ditelan. memang amat2 menyiksakan sebab ingatkan kalau telan air liur, batal puasa. tu yang bahaya kalau beramal tapi tak betul-betul faham hee..hee..

untuk sahabat sekalian, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat ‘berpesta’ mencari pahala. assalamualaikum.

Trip pertama

“Cik Din, kau boleh pergi” kata hisyam ringkas. “pegi mana?” pelik tanya ku lagi. “ikut final camp kat pulau kapas la”. pelik jugak, biasa kalau ada jawatan jarang di lepaskan untuk keluar sampai seminggu. “thanks bos” kataku dalam hati. Dah lama tak ikut aktiviti rekreasi luar ni. entah boleh ke tidak. tapi mengenangkan hisyam sorang-sorang menjaga keselamatan pelajar 64 orang, tinggalkan lah dulu keje-keje pengurusan dan keje-keje akademik untuk ke pulau kapas.

Harap-harap semuanya berjalan lancar. dengan niat untuk berkongsi ilmu sekadar yang ada, tepat jam 7.14 malam bas memulakan perjalanan dari shah alam ke marang. ya Allah, selamatkan perjalan kami pergi dah balik, amin…

Tepat jam 4.14 pagi, kami sampai di masjid marang (kalau tak salah). masing2 mamai, terus cari port untuk sambung mimpi indah mana yang tertangguh tadi. sedar-sedar azan subuh berkumandang. Senario biasa sekarang ni, yang memenuhi masjid-masjid hanya golongan tua. Teguran ni untuk diri sendiri jugak, jangan sekadar mewarisi apa yang ada, faham dan amal yang berterusan adalah yang terbaik.

Lepas subuh, aku ngan cik ali dah mencari sarapan. dengan bantuan mak cik di surau, kami dapat mencari kedai makan. Cuba berbahasa tempatan masa bertanya mak cik tu tadi, kat mana kedai makan. walaupun agak sumbang bahasa tempatan yang aku guna, yang penting dia faham dan kami dapat cari kedai makan. Itu bermakna komunikasi telah berlaku.

Kedai makan yang simple, kat depan rumah je tapi roti canai dan kari ikan dia memang menangkap. kalau kat shah alam asik roti canai mamak je, ni merasa la roti canai “orang melayu”. Jam 10, kami bergerak ke jeti LKIM untuk meneruskan perjalanan ke pulau kapas.

Thursday, May 14, 2009

minggu yang memenatkan....

Pejam celik, habis semester, cepatnya masa berlalu. kesibukan kerja membuatkan semua benda dirasakan pantas berlalu. Sedar tak sedar, 10.5, hari terakhir peperiksaan semester, tu pun aku bertugas jaga periksa.cuti... yessss.. tapi tu untuk student bukan untuk pensyara. perkara rutin akan bermula, menanda kertas peperiksaan dan meyiapkan markah.

"awas, pensyarah sedang menanda" , beberapa rakan yang lalu di hadapan bilik terus mengetuk pintu dan bertanya, "takkan teruk sangat menanda kertas tu bang". " biasa la, tu la gimik pembukaan minggu menanda kertas" balas ku.

Sebagai pensyarah, kita seboleh mungkin untuk menolong pelajar dengan memberikan markah semaksimum mungkin mengikut tahap keintelektualan pelajar tersebut. Walau apa jawapan yang diberikan, baca tetap kena baca. Ada je jawapan yang seakan-akan sama walaupun agak terpesong, makah tetap kena bagi.

Itu bukan pokok perbincangan disini. apa yang ingin dikongsi ialah kebolehan pelajar menjawab soalan. Mungkin saya baru balik dari "bercuti" dan kurang arif dengan trend sekarang tapi jika dibandingkan dengan jawapan yang saya dapat sebelum saya bercuti dulu, kualitinya agak berbeza. Skrip jawapan yang saya dapat dulu lebih baik kualitinya jika dibandingkan dengan sekarang. saya selalu meletakkan kesalah pada diri sekiranya pelajar tidak dapat menjawab tapi kali ini lain macam sikit. rasanya ada yang tak kena dengan sistem pembelajaran yang diwarisi oleh pelajar sekarang. Budaya cut n paste, spot question agaknya membuatkan pelajar sekarang kurang kretif untuk menjawab terutama bahagian essei. Ramai juga yang menjawab esei dengan menggunakan point form.

Tuesday, April 14, 2009

'sawang' di karpp

terima kasih kepada pengkritik tetap, cik yazilah kerana sentiasa memberi komen yang membina tentang blog saya ni. lagi 2 kali komen yang membina, boleh ambil lesen kontraktor kelas b spesifik untuk bina membina je. jangan marah shila, just to get in mood.

nak share story about myself. ni kira mengumpat diri sendiri. semalam aku mengalami perasaan yang dah lama aku tak rasa. last rasa masa nak bersunat dulu. risau tak tentu hala sebab nak menghadap 8 profesor untuk viva phd. memang tak senang duduk. malamnya dah tak lena tidur. viva start pukul 2.30 ptg tapi dari pagi dah tak lalu makan. memang perasaan ni rasa masa nak bersunat dulu je. masa nak kawin pun tak rasa macam ni (opsss, dah jadi kenangan, hee..heee).

tapi dah bakat seorang pensyarah agaknya. bila masuk bilik viva tu hilang semua ketakutan tadi dan present seperti biasa. lepas 2 jam soal jawab akhirnya aku lepas dengan tidak jayanya. kena buat pembetulan. nampaknya tak boleh lah lagi pakai dua huruf tu di depan nama norasrudin sulaiman. tapi mak jugak yang cool. habis je viva terus call mak. dia cakap tak pe la, bukan apa pun, buat je la pembetulan tu. ye lah mak.

apa pun, hidup tak selalunya indah. barulah namanya rencah kan, macam-macam ada. aku terima seadanya dan berazam untuk membuat pembetulan secepat yang boleh. untuk kawan2, doakan aku mampu untuk menyiapkan pembetulan thesis ni dan mampu bergelar dr satu hari nanti.amin

assalamualaikum.

Tuesday, February 24, 2009

dah bersawang

Entah apa semangat hari ni, tetiba aku teringat blog yang dah lama aku tinggalkan. keje berbaris tunggu ni tapi buka blog dulu.memang dah bersawang. dulu masa belajar rajin jugak menulis. sekarang bila dah masuk kerja ni, entah apa yang sibuknya, tak menulis langsung. sebagai kesimpulannya, budaya menulis dan berkongsi cerita tu masih tak ada dalam diri.

so ni nak cuba dapatkan aura menulis. harap lepas ni akan terus berkongsi cerita, walaupun tak semeriah cerita mega, tapi aku cuba la. ok, berhenti dulu, ada module yang harus disiapkan. untuk semua yang mengenali, assalamualaikum, moga hari anda sentiasa Diberkati, amin.