Monday, October 13, 2008

fakta untuk dikongsi bersama

Baca Horoskop, Solat Tidak Diterima Selama 40 Hari
Jika anda pengguna internet, tidak lengkap jika tidak mempunyai emel dan menerima pelbagai info yang saban hari berbondong2 hingga tak terlarat nk membuka kesemuanya.. Kalau lah ia merupakan surat yg dipos, pasti da berguni2 hehe. Di sini suka ku lampirkan salah satu emel yg kuterima utk kita kongsikan bersama. Moga kita mendapat sesuatu daripadanya. InsyaAllah~ Petikan Emel:"Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama. SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. "Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari." Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. "Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. "Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. "Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya. Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang. "Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. "Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. "Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.."

sumber: artikel ni saya ambil dari blog saudari een, what a life is all about. maklumat yang baik untuk dikongsi bersama. sesiapa yang ada maklumat lanjut boleh komen tentang artikel ni.

berdikari.

assalamualaikum semua,

rasanya tak terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya untuk semua yang menjengok blog saya. maaf sekiranya ada salah dan silap. selamat hari raya saya tujukan khas untuk ahli2 perlu.

raya bila dah semakin dewasa ni (bukan tua ye, dewasa) makin tak feel. tahun ni abang dan kakak yang dah kawin raya dia rumah mertua. Yang belum kawin lagi ni je la yang tinggal di rumah mak. biasanya pagi raya, lepas solat sunat aidilfitri, berkunjung ke beberapa buah rumah dah diakhiri dengan tahlil di pusara (alfatihah untuk arwah sulaiman hj sat). tu kebiasaan yang diamalkan di kampung saya, kampung baru huma luas, chenor. Tapi adat kunjung mengunjung tu memang masih menebal di kalangan orang kampung. biasanya raya pertama kita akan tunggu kedatangan saudara mara yang jauh. raya kedua barulah kita pulak yang membalas kunjungan.

raya kedua, jiran saya menerima kunjungan dari adik beradik dan saudara mara. keluarga besar ramai la yang datang. saya tengok dari jauh je la kemeriahan suasana di rumah jiran dan lepas tu saya sambung borak dengan rakan-rakan yang datang ziarah. Lebih kurang dalam sejam, saya dengar ada suara budak bagi salam. umur dalam 3 ke 4 tahun, berbaju melayu siap bersamping lagi. raya kan, so saya jemput la dia naik. dah la dia sorang-sorang. Saya pun tukar rancangan kartun dan jemput dia duduk. Tanya la anak siapa sebab saya memang tak kenal dengan younger generation ni. jemput dia makan dan minum. biasanya budak-budak ni nak duit raya je tapi yang ni tak. siap tambah air lagi. penat agaknya. saya pun bagi la duit rm 5 untuk dia sebab dia datang sorang-sorang. bagus, pandai berdikari.

Selang 20 minit kalau tak silap, rumah jiran kecoh. macam mencari sesuatu. ada yang pusing keliling rumah. saya pun tak la ambil tau. Then cik nan, jiran saya datang bertanyakan ada nampak budak kecik dengan dia bagi spesific description. selamba je budak tu jenguk kat tingkap.... "tok, jom la raya kat sini, amin dapat 5 ringgit duit raya". "ya allah, kat sini rupanya dia, kat rumah tu dah kecoh mencari, ada yang naik motor keliling kampung cari dia'... cik nan terus peluk budak tu sambil cium tanda syukur. saya pun terfikir yang kecoh-kecoh tadi cari budak ni la agaknya. lepas salam dengan saya, budak tu pun ikut toknya balik.sambil jalan tu sempat lagi dia tunjukkan toknya duit 5 ringgit.

geleng kepala saya. macam ni punya cerita pun ada. sibuk beraya, anak kadang-kadang terlepas pandang. tapi saya tabik dengan amin, budak kecik tu sebab pandai berdikari.

ok lah, kita jumpa lagi. selamat hari raya.assalamualaikum

adat dijunjung

assalamualaikum semua. jumpa lagi. sambil-sambil menunggu untuk melawat uitm jalan osman, sempat la berkongsi cerita di klia baru-baru ni.

saya berpeluang untuk ke uitm kota kinabalu untuk mengendalikan sesi temuduga bagi pelajar-pelajar lepasan spm yang ingin memasuki program diploma pengajian sukan.

Saya ingin kongsikan cerita di klia. Ceritanya ringkas tetapi saya rasa unik. selepas check-in saya terus ke kaunter pemeriksaan untuk ke balai berlepas. Dalam barisan untuk diperiksa, dihadapan saya ada satu keluarga yang juga ingin ke kota kinabalu. agaknya baru balik dari cuti raya. keluarga muda, ibu, ayah dah dua anak lelaki yang agak-agak saya berumur 3 dan 4 tahun.

Anak yang pertama saya bahasakan sebagai abang. Abang melalui mesin pengimbas, blip..blip.. berbunyi. So polis yang ditugaskan untuk menjaga mesin pengimbas tu nak buat body check kat abang. Bila polis tu angkat tangan nak periksa, abang terus capai tangan polis tu untuk bersalam.siap cium tangan polis tu lagi. Semua yang tengok kejadian tu tergelak. saya secara sepontan mengucapkan tahniah pada ibu bapa abang sebab memberikan asuhan yang sempurna untuk anak mereka. tersipu-sipu malu emaknya.

Walau sejauh mana kita pergi, adat tetap kita ingat. tapi bila saya lalu mesin pengimbas dan ada juga berbunyi, tak de la saya salam cium tangan ngan polis tu. ok lah, jumpa lagi. assalamualaikum