Friday, September 7, 2012

'new title'

dah sangat2 lama tak menjenguk blok tapi alhamdulillah blog masih boleh digunakan. rasa mcm dah kena delete. sebagai permulaan, masa tulis blog ni, aku dan tukar title dari tak kawin kepada dah kawin dan sekarang bapa. dah tentu tahu apa yang bakal dibincang selepas2 ni kan. tentulah parenting skills yang tak berapa nak skill tu. at least we learn something and i do believe we (me and my wife)learned it fast ( sometime perasan lebih). eventhough its a bit late for me to have a baby ( ni pong perasaang mu belaka) tapi pepatah inggeris mengatakan, better late than never kan. so, see you in my next entry. assalamualaikum

Thursday, August 18, 2011

beri laluan..

assalamualaikum semua.

jumpa lagi setelah sekian lama tak memunculkan diri. mungkin sibuk, hanya yang empunya yang tau akan jawapnya.

puasa datang bersilih tahun. bulan ibadah, memang ramai yang berebut-rebut untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah, bukan calang-calang janji, Allah yang janji dengan pahala yang berlipat kali ganda. pahala solat sunat umpama pahala solat wajib. Tengok saja amalan menunaikan solat tarawikh. hari pertama, kalau saya boleh gunakan bahasa "melimpah" dengan jemaah. Ada sahabat yang datang kemasjid terpaksa balik ke rumah untuk mengambil sejadah, terpaksa solat di kaki lima. Alhamdulillah, memang tepat dengan gelaran bulan ibadah. semua saf penuh.

seminggu dua berlalu, jemaah makin menyusut. mungkin kesan perhubungan negatif antara dua pembolehubah, jangkamasa bulan puasa dan jumlah jemaah yang hadir. semakin meningkat hari dalam bulan ramadan, semakin kurang jemaah yang hadir. atau mungkin sifat melayu yang amat menebal dikalangan kita, sentiasa mengalah. tak pe lah, "awak lah yang solah di masjid, saya buat kat rumah je, kasihan, nanti ada orang terpaksa solat kat kakilima pulak".akhirnya, masjid-masjid dan surau-surau makin kosong. tapi semua tu adalah pendapat empunya, mungkin masing-masing ada alasan kenapa tak memenuhi masjid atau surau.

walauapapun, dimana kita berada, empunya amat percaya yang kita orang-orang islam tidak pernah alpa dari menunaikan kewajiban keatasNya, ingat pada pencipta kerana nikmatNya tidak terhitung. moga empunya dan umat islam semua masih bersemangat untuk merabut pahala di bulan ramadhan ni.

selamat berpuasa, berbuka, solat tarawikh dan bersahur untuk semua.

As salam

Wednesday, March 24, 2010

sayu...

assalamualaikum semua.

amat lama rasanya saya tak menjengguk blog ni.kalau nak dikirakan, lebih dari bersawang. malam-malam begini, mata pun tak mengantuk lagi, saya cuba mencorat apa yang rasa perlu dikongsi bersama.

amat tersentuh dengan footage di tv3 tadi, seorang kanak-kanak perempuan berumur kurang lebih 3 tahun bertanya pada seluruh rakyat malaysia, kenapa peragut bunuh mak saya. ayer mata sayu anak kecil mengalir tanpa henti. saya tergamam, kalau itu saya, tentu dendam dibawa hingga dewasa tetapi entah dendam pada siapa. jika dulu, keadaan sebegini terjadi di mungkin di india, indonesia, thailand, diluar dari bumi kita yang aman damai tapi sekarang, kecelaruan ini di laman sendiri. adakah keadaan ini kita sediakan untuk bakal pewaris negara. bila kejaran dunia melebihi segalanya, ada perkara yang kita tercicir.

jumpa lagi di lain coretan... assalamualaikum

Wednesday, September 23, 2009

yang dilupakan...


salam semua.

jumpa lagi dalam kemeriahan shawal. cuma nak berkongsi cerita yang ringkas tentang apa yang kita makin ditinggalkan. tetamu membawa rahmat. tu konsep yang jelas yang rasa-rasanya difahami oleh semua tapi tak ramai yang mendalaminya.

masa raya baru-baru ni, ramai saudara mara yang berkunjung dan keluarga saya berbalas kunjungan. alhamdulillah, tradisi kunjung mengunjung masih tak dilupakan walaupun hanya pada hari raya pertama dah hari raya kedua. janji kita masih saling berkunjung.
malam hari raya pertama, lepas penat melayan tetamu, kami sekeluarga merehatkan mata jam 10.30.

pukul 12 tengah malam kami dikejutkan oleh hon kereta. besan mak, keluarga ipar andak sampai. sesat jalan katanya tu yang sampai pukul 12 tengah malam tu. dalam hati saya ada jugak merungut sebab dah lewat sangat tapi bangun tolong mak menyiapkan juadah. ingatkan yang simple, buat minuman panas dan jamu je la kuih raya tapi mak menyiang bawang dah rencah untuk memasak. 'nak buat apa mak" saya bertanya hairan."nak masak daging untuk makan dengan lemang"jawab mak. "dah pukul 12 mak, mana yang ada je la" balas saya. "setiap tetamu tu kan bawa rahmat, tak elok kita merungut'. terus terdiam saya sambil tolong mak siapkan apa yang nak dimasak.

dalam kesibukan kita mengejar apa yang kita nak kejar, kadang-kadang (selalunya) kita lupa tentang benda-benda macam ni. teguran mak buat saya mengenangkan tentang apa yang dah makin ditinggalkan oleh generasi baru. untuk mak, banyak dah rasanya saya belajar dari mak tentang hidup tapi masih banyak lagi yang mak perlu turunkan.

untuk semua, selamat hari raya. teruskan tradisi kunjung mengunjung kerana ada memberikan rahmat pada tuan rumah.

al-fatihah untuk arwah hj sulaiman bin sat.

jumpa lagi.

Thursday, September 17, 2009

maaf dipinta..

assalamualaikum semua,

lumrah manusia mencipta dusta, mungkin alpa. walau sesempit mana waktu yang ada, saya susun jari sepuluh, mohon maaf atas apa jua kesalahan. minta dihalalkan makan minum. selamat menyambut hari kemenangan, salam lebaran.

Saturday, September 12, 2009

yang membezakan..

kuliah subuh baru-baru ni telah membincangkan tentang bab ibadah. ustaz yang menyampaikan kuliah amat pandai untuk menggunakan contoh-contoh yang mudah agar senang difahami oleh jemaah. ibadah berlaku apabila hambaNya merasakan diri mereka cukup hina di sisi Allah, dia ingat Allah pencipta maka terjadilah ibadah. konsep yang amat jelas dalam beribadah ialah ikut apa yang nabi buat. kalau nabi tak buat, jangan kita mereka-reka ibadah, hilang untuk dapat pahala dan keredaan Allah tetapi mendapat murka Allah. Sesuatu yang pasti, untuk kita memegang passport sebagai umat islam (bukan melayu ye) kita kena solat kerana yang membezakan umat islam dengan orang-orang kafir ialah solatnya.

Dizaman umat manusia dahagakan ibadah tanpa faham benar-benar akan maksud ibadah, maka timbul ajaran-ajaran sesat yang ibadahnya direka-reka oleh pengasasnya. Di Selangor sahaja terdapat 71 ajaran sesat yang sudah disiasat dan disahkan. Statistik ini tidak termasuk yang belum disiasat dan belum disahkan.

Kebanyakan ketua-ketua ajaran sesat ni memikirkan konsep ibadah ikut logik akal. sebagai contohnya, solat ialah cara kita ingatkan Allah. Kalau secara logik akal, kita berzikir pun kita ingat Allah. ada ajaran sesat yang menganjurkan pengikutnya tidak perlu sembahyang, hanya berzikir sebab maksudnya sama, mengingati Allah. Kalau kita berbalik pada amalam Nabi Muhammad s.a.w, pesuruh Allah yang tidak pernah lekang dari berzikir, namun Rasulullah juga bersungguh-sungguh dalam solatnya untuk mengingati Allah sehingga bengkak kaki baginda. Malah baginda juga tidak pernah tinggal solat berjemaah. Jika kita berbalik kepada konsep asas beribadah tadi, buat apa yang Rasululah buat, nescaya kita selamat. Tak kira lah sheikh atau tuan guru yang menganjurkan ajaran sesat tu pakai serban sebesar rumah, sesat tetap sesat.

Kajian oleh universiti tempatan tentang sinario orang-orang kenamaan yang menjadi pengikut ajaran sesat. ini adalah kerana diwaktu mudanya, tidak pernah kenal agama. bila dah berusia, sudah insaf, bertemu pula dengan ketua ajaran sesat, jadi mereka ikut tanpa faham akan konsep Islam kerana mereka dijanjikan syurga oleh ketua-ketua ajaran sesat. mintak kita dijauhkan dari semua benda-benda yang sesat ni.


Kisah ni saya tulis sekadar berkongsi apa yang saya dapat sambil mengingatkan diri saya agar kita jelas tentang konsep beribadah. Allah maha memurah lagi maha mengasihani. Walaupun segala nikmat telah kita gunakan, antaranya nikmat pancaindera, nikmat hidup, nikmat udara, namun kita masih tidak solat dan tidak ingart padaNya, Allah masih memberikan kita ruang dan peluang untuk hidup di bumiNya. Jadi untuk ingatkan diri saya dah rakan-rakan, jangan tinggalkan solat, tiang agama kerana rosak tiang, goyanglah agama.

moga kita sama-sama dapat rahmat dari Allah, amin.

jumpa lagi, assalamualaikum.

Thursday, September 10, 2009

berkat..

ahad lepas, saya menerima jemputan untuk ke majlis berbuka puasa, pelajar sulong PLK-POLIS di restoren ali rangers, cheras. berbelah bahagi jugak nak pergi sebab agak jauh dan jalan confirm akan jem. nak ikut highway persekutuan jangan cakap la. ikut kesas mesti sangkut lepas bukit jalil. dalam dok fikir tu, ali offer suruh pegi pegi dengan dia (ni bukan ali pemilik restoren tu ye). orang ngantuk disorongkan bantal, tanpa fikir panjang terus saya setuju. rezeki lagi baik bila hari kejadian, en. rahim sah booked kereta INED, so car pool untuk ke sana.

alhamdulillah, perjalan memang lancar.

Hilang nak mengelakkan jem, group kami (en. rahim, ali, hisyam dan keluarga) sampai awal, macam kami pulak yang handle majlis berbuka ni. tapi tak pe, sampai awal lebih baik dari sampai lewat atau tak sampai langsung kan.

restores ali ni simple je. tepi jalan, macam warong tapi dah upgrade. menurut sumber, restoren tu dah ada kat situ lebih dari 20 tahun. pemilik dia india muslim, ali ganges namanya (dato kalau tak silap).

yang nak diceritakan kat sini bukan tentang restoren yang simple tu tapi murninya niat tuan punya restoren. restoren dia memang tak dibuka di bulan ramadhan ni tapi hanya dibuka untuk siapa yang tak mampu, sesiapa saje sebenarnya untuk berbuka sebab dia nak bersedekah. kira cashier dia tutup la untuk sebulan. bukan itu saja, pemilik restoren ni beli pulak satu rumah di hadapan kedainya dang dijadikan masjid dan tempat untuk tabliq dan musafir untuk menginap. pemilik restoren jugak buat asrama untuk anak-anak yatim dan saudara baru di kawasan yang berhampiran.

ikhlas sungguh pemilik restoren ni dalam membantu umat seagama. semoga dengan niat yang ikhlas, seluruh keluarga dan umat islam setempat mendapat berkat dari apa yang di usahakan.

kepada batch sulung PLK-POLIS, terima kasih daun keladi atas undangan.

selamat berpuasa dan selamat menanti ambang shawal.