Monday, September 7, 2009

dugaan...

berkesempatan mendengar tazkirah ramadhan dari ustaz farhan al-hafiz. ceritanya amat ringkas, 30 minit diantara solat sunat tarawikh. Ustaz farhan dilahirkan beragama kristian, dididik dengan tradisi kristian yang kuat hingga dia menjadi pendakwah kristian di sabah. dalam kristian, bidang yang diambil ialah bidang ketuhanan, membandingkan agama. dia mencari kelemahan agama islam. 6 tahun belajar, dengan izin allah, telah dibuka hatinya untuk memeluk islam bila di kaji, islam tiada cacat celanya. bukan atas kepentingan apa-apa, tapi memang dia ikhlas untuk memeluk agama islam.

ayahnya ketua gereja di tempatnya, memang sensitif dengan islam. nasib baik emaknya sempat tolak senapang yang dihalakan pada ustaz farhan bila ayahnya tau dia masuk islam.sebelum pergi, dia peluk mak dan adik beradik. kalau betul jalan yang dia pilih, dia akan kembali ke kampungnya, untuk berdakwah. sayu saya dengan dia bercerita.

di pendekkan cerita, 2 tahun 6 bulan belajar mengaji, dia hafal al-quran dan terus buat keje-keje dakwah. setiap kali dia berceramah, dia mintak hadirin untuk doakan agar dilembutkan hati ayah dan emak untuk memeluk islam. alhamdulillah, selepas 8 tahun buat keje-keje dakwah, ayah dan emak ustaz farhan masuk islam. setakat ni, dia dah tutup 10 gereja di sabah dan islamkan 4500 orang disabah, sikit je katanya.

bila mendengar cerita ustaz farhan, kerdilnya rasa diri ini, tapi amat bangga kerana ada umat islam yang duduk di barisan hadapan untuk memperjuangkan islam. cuma saya renung pada dari sendiri, nikmat lahir dalam islam. jika dibandingkan dengan ustaz farhan, dugaan kita dalam agama islam amat sedikit. moga sama-sama kita bersyukur.

tapi kebanyakan kita, termasuk diri saya lebih kepada mewarisi apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa kita. moga kita terus berusaha untuk menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, lebih sikit untuk suami atau isteri, lebih sikit untuk anak-anak, lebih sikit untuk masyarakat setempat. aminnnnn....

2 comments:

Haron said...

Salam,
Beruntunglah dia dan keluarga hidup dalam jalan yang ditunjukkan oleh Allah. Tapi kita masih lagi teraba-raba mencari jalan yang telah lama kita teroka. Namun masih jua belum ketemu. Kita mungkin banyak kekurangannya. Betapa mulia dia di sisi Allah, DIA sahaja Yang Maha Mengetahui.

Norasrudin Sulaiman said...

betul tu haron. kita sama-sama usaha yang terbaik. InsyaAllah