Wednesday, September 23, 2009

yang dilupakan...


salam semua.

jumpa lagi dalam kemeriahan shawal. cuma nak berkongsi cerita yang ringkas tentang apa yang kita makin ditinggalkan. tetamu membawa rahmat. tu konsep yang jelas yang rasa-rasanya difahami oleh semua tapi tak ramai yang mendalaminya.

masa raya baru-baru ni, ramai saudara mara yang berkunjung dan keluarga saya berbalas kunjungan. alhamdulillah, tradisi kunjung mengunjung masih tak dilupakan walaupun hanya pada hari raya pertama dah hari raya kedua. janji kita masih saling berkunjung.
malam hari raya pertama, lepas penat melayan tetamu, kami sekeluarga merehatkan mata jam 10.30.

pukul 12 tengah malam kami dikejutkan oleh hon kereta. besan mak, keluarga ipar andak sampai. sesat jalan katanya tu yang sampai pukul 12 tengah malam tu. dalam hati saya ada jugak merungut sebab dah lewat sangat tapi bangun tolong mak menyiapkan juadah. ingatkan yang simple, buat minuman panas dan jamu je la kuih raya tapi mak menyiang bawang dah rencah untuk memasak. 'nak buat apa mak" saya bertanya hairan."nak masak daging untuk makan dengan lemang"jawab mak. "dah pukul 12 mak, mana yang ada je la" balas saya. "setiap tetamu tu kan bawa rahmat, tak elok kita merungut'. terus terdiam saya sambil tolong mak siapkan apa yang nak dimasak.

dalam kesibukan kita mengejar apa yang kita nak kejar, kadang-kadang (selalunya) kita lupa tentang benda-benda macam ni. teguran mak buat saya mengenangkan tentang apa yang dah makin ditinggalkan oleh generasi baru. untuk mak, banyak dah rasanya saya belajar dari mak tentang hidup tapi masih banyak lagi yang mak perlu turunkan.

untuk semua, selamat hari raya. teruskan tradisi kunjung mengunjung kerana ada memberikan rahmat pada tuan rumah.

al-fatihah untuk arwah hj sulaiman bin sat.

jumpa lagi.

Thursday, September 17, 2009

maaf dipinta..

assalamualaikum semua,

lumrah manusia mencipta dusta, mungkin alpa. walau sesempit mana waktu yang ada, saya susun jari sepuluh, mohon maaf atas apa jua kesalahan. minta dihalalkan makan minum. selamat menyambut hari kemenangan, salam lebaran.

Saturday, September 12, 2009

yang membezakan..

kuliah subuh baru-baru ni telah membincangkan tentang bab ibadah. ustaz yang menyampaikan kuliah amat pandai untuk menggunakan contoh-contoh yang mudah agar senang difahami oleh jemaah. ibadah berlaku apabila hambaNya merasakan diri mereka cukup hina di sisi Allah, dia ingat Allah pencipta maka terjadilah ibadah. konsep yang amat jelas dalam beribadah ialah ikut apa yang nabi buat. kalau nabi tak buat, jangan kita mereka-reka ibadah, hilang untuk dapat pahala dan keredaan Allah tetapi mendapat murka Allah. Sesuatu yang pasti, untuk kita memegang passport sebagai umat islam (bukan melayu ye) kita kena solat kerana yang membezakan umat islam dengan orang-orang kafir ialah solatnya.

Dizaman umat manusia dahagakan ibadah tanpa faham benar-benar akan maksud ibadah, maka timbul ajaran-ajaran sesat yang ibadahnya direka-reka oleh pengasasnya. Di Selangor sahaja terdapat 71 ajaran sesat yang sudah disiasat dan disahkan. Statistik ini tidak termasuk yang belum disiasat dan belum disahkan.

Kebanyakan ketua-ketua ajaran sesat ni memikirkan konsep ibadah ikut logik akal. sebagai contohnya, solat ialah cara kita ingatkan Allah. Kalau secara logik akal, kita berzikir pun kita ingat Allah. ada ajaran sesat yang menganjurkan pengikutnya tidak perlu sembahyang, hanya berzikir sebab maksudnya sama, mengingati Allah. Kalau kita berbalik pada amalam Nabi Muhammad s.a.w, pesuruh Allah yang tidak pernah lekang dari berzikir, namun Rasulullah juga bersungguh-sungguh dalam solatnya untuk mengingati Allah sehingga bengkak kaki baginda. Malah baginda juga tidak pernah tinggal solat berjemaah. Jika kita berbalik kepada konsep asas beribadah tadi, buat apa yang Rasululah buat, nescaya kita selamat. Tak kira lah sheikh atau tuan guru yang menganjurkan ajaran sesat tu pakai serban sebesar rumah, sesat tetap sesat.

Kajian oleh universiti tempatan tentang sinario orang-orang kenamaan yang menjadi pengikut ajaran sesat. ini adalah kerana diwaktu mudanya, tidak pernah kenal agama. bila dah berusia, sudah insaf, bertemu pula dengan ketua ajaran sesat, jadi mereka ikut tanpa faham akan konsep Islam kerana mereka dijanjikan syurga oleh ketua-ketua ajaran sesat. mintak kita dijauhkan dari semua benda-benda yang sesat ni.


Kisah ni saya tulis sekadar berkongsi apa yang saya dapat sambil mengingatkan diri saya agar kita jelas tentang konsep beribadah. Allah maha memurah lagi maha mengasihani. Walaupun segala nikmat telah kita gunakan, antaranya nikmat pancaindera, nikmat hidup, nikmat udara, namun kita masih tidak solat dan tidak ingart padaNya, Allah masih memberikan kita ruang dan peluang untuk hidup di bumiNya. Jadi untuk ingatkan diri saya dah rakan-rakan, jangan tinggalkan solat, tiang agama kerana rosak tiang, goyanglah agama.

moga kita sama-sama dapat rahmat dari Allah, amin.

jumpa lagi, assalamualaikum.

Thursday, September 10, 2009

berkat..

ahad lepas, saya menerima jemputan untuk ke majlis berbuka puasa, pelajar sulong PLK-POLIS di restoren ali rangers, cheras. berbelah bahagi jugak nak pergi sebab agak jauh dan jalan confirm akan jem. nak ikut highway persekutuan jangan cakap la. ikut kesas mesti sangkut lepas bukit jalil. dalam dok fikir tu, ali offer suruh pegi pegi dengan dia (ni bukan ali pemilik restoren tu ye). orang ngantuk disorongkan bantal, tanpa fikir panjang terus saya setuju. rezeki lagi baik bila hari kejadian, en. rahim sah booked kereta INED, so car pool untuk ke sana.

alhamdulillah, perjalan memang lancar.

Hilang nak mengelakkan jem, group kami (en. rahim, ali, hisyam dan keluarga) sampai awal, macam kami pulak yang handle majlis berbuka ni. tapi tak pe, sampai awal lebih baik dari sampai lewat atau tak sampai langsung kan.

restores ali ni simple je. tepi jalan, macam warong tapi dah upgrade. menurut sumber, restoren tu dah ada kat situ lebih dari 20 tahun. pemilik dia india muslim, ali ganges namanya (dato kalau tak silap).

yang nak diceritakan kat sini bukan tentang restoren yang simple tu tapi murninya niat tuan punya restoren. restoren dia memang tak dibuka di bulan ramadhan ni tapi hanya dibuka untuk siapa yang tak mampu, sesiapa saje sebenarnya untuk berbuka sebab dia nak bersedekah. kira cashier dia tutup la untuk sebulan. bukan itu saja, pemilik restoren ni beli pulak satu rumah di hadapan kedainya dang dijadikan masjid dan tempat untuk tabliq dan musafir untuk menginap. pemilik restoren jugak buat asrama untuk anak-anak yatim dan saudara baru di kawasan yang berhampiran.

ikhlas sungguh pemilik restoren ni dalam membantu umat seagama. semoga dengan niat yang ikhlas, seluruh keluarga dan umat islam setempat mendapat berkat dari apa yang di usahakan.

kepada batch sulung PLK-POLIS, terima kasih daun keladi atas undangan.

selamat berpuasa dan selamat menanti ambang shawal.

Monday, September 7, 2009

dugaan...

berkesempatan mendengar tazkirah ramadhan dari ustaz farhan al-hafiz. ceritanya amat ringkas, 30 minit diantara solat sunat tarawikh. Ustaz farhan dilahirkan beragama kristian, dididik dengan tradisi kristian yang kuat hingga dia menjadi pendakwah kristian di sabah. dalam kristian, bidang yang diambil ialah bidang ketuhanan, membandingkan agama. dia mencari kelemahan agama islam. 6 tahun belajar, dengan izin allah, telah dibuka hatinya untuk memeluk islam bila di kaji, islam tiada cacat celanya. bukan atas kepentingan apa-apa, tapi memang dia ikhlas untuk memeluk agama islam.

ayahnya ketua gereja di tempatnya, memang sensitif dengan islam. nasib baik emaknya sempat tolak senapang yang dihalakan pada ustaz farhan bila ayahnya tau dia masuk islam.sebelum pergi, dia peluk mak dan adik beradik. kalau betul jalan yang dia pilih, dia akan kembali ke kampungnya, untuk berdakwah. sayu saya dengan dia bercerita.

di pendekkan cerita, 2 tahun 6 bulan belajar mengaji, dia hafal al-quran dan terus buat keje-keje dakwah. setiap kali dia berceramah, dia mintak hadirin untuk doakan agar dilembutkan hati ayah dan emak untuk memeluk islam. alhamdulillah, selepas 8 tahun buat keje-keje dakwah, ayah dan emak ustaz farhan masuk islam. setakat ni, dia dah tutup 10 gereja di sabah dan islamkan 4500 orang disabah, sikit je katanya.

bila mendengar cerita ustaz farhan, kerdilnya rasa diri ini, tapi amat bangga kerana ada umat islam yang duduk di barisan hadapan untuk memperjuangkan islam. cuma saya renung pada dari sendiri, nikmat lahir dalam islam. jika dibandingkan dengan ustaz farhan, dugaan kita dalam agama islam amat sedikit. moga sama-sama kita bersyukur.

tapi kebanyakan kita, termasuk diri saya lebih kepada mewarisi apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa kita. moga kita terus berusaha untuk menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, lebih sikit untuk suami atau isteri, lebih sikit untuk anak-anak, lebih sikit untuk masyarakat setempat. aminnnnn....

anak-anak tahfiz

diberi kesempatan dan kekuatan untuk berjemaah subuh, syukur alhamdulillah.pahalanya amat banyak, seumpama sembahyang sepanjang malam cuma kadang-kadang kita lupa. itu bukan pokok cerita. apa yang nak diceritakan ialah anak-anak tahfiz di seksyen 7 ni. lepas solat subuh, melihatkan anak-anak tahfiz, kadang-kadang kesian, serban tu nampak berat sangat sebab masing-masing dah ngantuk. comel pun ada.memang mereka berjaga untuk menghafal, tak boleh banyak tido. terfikir, kalau lah mereka ni anak-anak saya, alangkah bahagianya, hafiz in the making.

untuk kawan-kawan, kalau ada kesempatan dan kelapangan, hantar la anak untuk belajar mengaji, jadikan 1 rumah lahirkan 1 hafiz, aman dunia. bila matinya anak adam, hanya tiga perkara yang diambil kira..... moga kita sama-sama berusaha kearah yang terbaik.

Wednesday, September 2, 2009

kawan-kawan lama..

semalam sekali lagi saya berkesempatan buat majlis berbuka puasa kecil-kecilan untuk kawan-kawan ketika di upm dulu. agak penat tapi dengan bantuan isteri persatuan rakan-rakan, semua kerja siap on time. disebabkan menunggu ahli untuk datang, majlis makan-makan terpaksa dimulakan jam 9. tapi yang penting enjoyyyyy, apa... enjoyyyy....

lepas makan, yang lelaki biasa la, merokok di luar. saya yang tak merokok ni pun join jugak tapi sambil makan kaki ayam goreng. yang perempuan sambung borak-borak di dalam. bila dah berkumpul, terlalu banyak kisah-kisah dikolej yang nak diceritakan dan yang terpenting, semua speak the same language, ada joke je, semua dah boleh tangkap. tu lah indahnya zaman belajar. terlalu cepat masa berlalu. bila tengok masing-masing dah jadi ibu dan ayah, rasanya baru semalam sama-sama pegi curi durian kat dusun upm.

kenangan terindah ialah semasa di universiti. bila dah memasuki alam kerja, semuanya lebih pada tanggungjawab. so kepada yang masih belajar, jangan sia-siakan masa ni, join sebanyak mana aktiviti agar ianya menjadi kenangan yang indah, pengalam yang tidak tertulis dalam mana-mana buku teks. anda "gagal" sebagai pelajar universiti jika anda hanya mampu untuk mengenggam segulung ijazah tanpa mendapatkan pengalaman hidup.

yang dah bekerja, jangan sia-siakan persahabatan yang telah anda bila ketika belajar dulu.

jumpa lagi