Wednesday, August 26, 2009

istimewanya uitm

hari ni saya dan cik hisyam berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat kemasukan bagi sesi disember 2009. agak lama meeting disebabkan isu status bumiputra. memang agak sukar untuk menentukan taraf bumiputra semasa interview terutama kaum-kaum di sabah dan sarawak. kalau tak di amati betul-betul, salah ambil, jawabnya panel yang menginterview kena la menjawab dengan orang atasan.

Tertarik dengan ungkapan wakil dari fakulti bahasa. "demi anak bangsa, kita kena interview, tapis dengan baik. nak mencari permata, kena pilih, tak boleh main kaut je, tu yang dapat kerang, lokan, kepah dan sliper jepun saiz 6 belah kiri" (yang seliper jepun tu saya tambah la)

itulah istimewanya uitm. kalau ipta lain, cuma menyatakan syarat kelayakan adalah warganegara. so sesiapa yang sedang belajar atau yang dah grad dari uitm, usah diragui, anda memang bumiputra tulin. bangga sebab anda semua dapat belajar di universiti yang unik didunia dan semestinya saya bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang tak seberapa dengan anak-anak bangsa.

"wujud mu di sini, di tanah anak merdeka"

5 comments:

PPT said...

Dah agak dah,
Ayat tu cik deen yang tambah....

REDZUAN said...

tapi kalo jumpa yang sebelah lagi leh sedekah kat saya... sama saiz bos..

hisyamchemat said...

Bro,
Kalau dapat lokan serah kat aku. Boleh bakar... cicah cili. Lazat. Minum pula air kelapa bakar. Nikmat.

Unknown said...

Mmg syok la ayat yg las tu en din..
"Wujudmu di sini di tanah anak merdeka"
Mcm penah nyanyi lagu die dgn oenuh semangat,hehehe..

Budak Bijak - 54L said...

"uitm dihatiku"....

bijak2...