Tuesday, August 25, 2009

Selamat datang

Alhamdulillah, ramadhan datang lagi dan sebagai hambanya, saya amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan ramadhan. Di kesempatan ini saya nak memohon maaf daripada sesiapa saja yang mengenali saya sekiranya ada salah dan silap.

Kebiasaan tiap-tiap permulaan ramadhan, keluarga akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama dan dikala coretan ini saya tulis, kakak dan kakak ipar sedang sibuk menyiapkan juadah puasa. Semua ada, long, kak long, kak ta, de dan abang de, teh, andah dan keluarga, saya dan keluarga (opsss, maafkan saya), abang pit dan adik saya yang bongsu, izham. Saya hanya ditugaskan menyiang daging dan mengait kelapa. dengan bantuan piji, student yang ikut saya balik kampung, cepat la dapat disiapkan dan dapat ziarah kubur arwah ayah kejap tadi (al-fatihah untuk arwah hj sulaiman bin sat).

Dalam yang lain meriah menunggu puasa, ada dua orang anak sedara yang terbaring mengira waktu untuk berbuka. maklum la, pertama kali belajar puasa. Pak sedara asyik menyakat suruh makan je. nak tergelak jugak bila adik saya pujuk angah untuk tido, esok je berbuka. Untuk angah dan yamin, alah bisa tegal biasa. teruskan usaha-usaha murni. teringat masa mula-mula belajar puasa dulu, air liur pun tak ditelan. memang amat2 menyiksakan sebab ingatkan kalau telan air liur, batal puasa. tu yang bahaya kalau beramal tapi tak betul-betul faham hee..hee..

untuk sahabat sekalian, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat ‘berpesta’ mencari pahala. assalamualaikum.

2 comments:

yazilahyazir said...

Salam En. Din..
Selamat berpuasa...
Maafkan saya kalau ada yg tersinggung dihati che din sepanjang di kapas dan sebelum-sebelun nya...

Norasrudin Sulaiman said...

saya pun shila. banyak nyakat shila. moga kita sama2 diberkati. turun majlis berbuka tak?