Wednesday, September 23, 2009

yang dilupakan...


salam semua.

jumpa lagi dalam kemeriahan shawal. cuma nak berkongsi cerita yang ringkas tentang apa yang kita makin ditinggalkan. tetamu membawa rahmat. tu konsep yang jelas yang rasa-rasanya difahami oleh semua tapi tak ramai yang mendalaminya.

masa raya baru-baru ni, ramai saudara mara yang berkunjung dan keluarga saya berbalas kunjungan. alhamdulillah, tradisi kunjung mengunjung masih tak dilupakan walaupun hanya pada hari raya pertama dah hari raya kedua. janji kita masih saling berkunjung.
malam hari raya pertama, lepas penat melayan tetamu, kami sekeluarga merehatkan mata jam 10.30.

pukul 12 tengah malam kami dikejutkan oleh hon kereta. besan mak, keluarga ipar andak sampai. sesat jalan katanya tu yang sampai pukul 12 tengah malam tu. dalam hati saya ada jugak merungut sebab dah lewat sangat tapi bangun tolong mak menyiapkan juadah. ingatkan yang simple, buat minuman panas dan jamu je la kuih raya tapi mak menyiang bawang dah rencah untuk memasak. 'nak buat apa mak" saya bertanya hairan."nak masak daging untuk makan dengan lemang"jawab mak. "dah pukul 12 mak, mana yang ada je la" balas saya. "setiap tetamu tu kan bawa rahmat, tak elok kita merungut'. terus terdiam saya sambil tolong mak siapkan apa yang nak dimasak.

dalam kesibukan kita mengejar apa yang kita nak kejar, kadang-kadang (selalunya) kita lupa tentang benda-benda macam ni. teguran mak buat saya mengenangkan tentang apa yang dah makin ditinggalkan oleh generasi baru. untuk mak, banyak dah rasanya saya belajar dari mak tentang hidup tapi masih banyak lagi yang mak perlu turunkan.

untuk semua, selamat hari raya. teruskan tradisi kunjung mengunjung kerana ada memberikan rahmat pada tuan rumah.

al-fatihah untuk arwah hj sulaiman bin sat.

jumpa lagi.

1 comment:

aimanarif said...

salam aidilfitri cik Din..maaf di atas segala kesalahan saya pada cik selama ini.. Semoga murah rezeki dan bahagia selalu..