Monday, August 31, 2009

jangan pandang belakang..

jangan pendang belakang... meninggalkan impak yang agak besar pada masyarakat malaysia dengan genre cerita hantu setempat. memang layak untuk dapat kutipan box office yang tertinggi untuk keseluruhan filem melayu setakat ni. bila sebut je jangan pandang belakang, hampir semua faham benda yang sama.

coretan saya ni membincangkan phrasa yang sama tapi situasi yang berbeza. dalam kehidupan memang kita kena pandang belakang kalau tak haru biru (teringat kat sahabat saya, en amri pantang undur). Baru- baru ni saya sempat borak-borak ngan timbalan dekan hal ehwal pelajar, en. hasnol. katanya dia jumpa kulit ular di belakang almari kat bilik dia. terus saya telan air liur. bilik dia selang dua bilik je dengan bilik saya. lamanya ular tu duduk belakang almari hingga boleh salin kulit. so saya dah pesan kat kawan yang sama floor, tolong tengok belakang ye. again, malang tu berbau tapi mungkin masa tu deria bau kita yang rosak. untuk cik hasnol, jangan buat tali pinggang pulak kulit ular tu. selamat berbuka semua.

ruginya...

hari pertama bulan september 2009, mendung seakan nak hujan. Di malaysia cuma ada dua pilihan cuaca, tak hujan, panas. kalau dah turun salji, cepat-cepat la kita bertaubat. sesetengah mungkin mengeluh dengan hujan tapi pasti ada yang senyum gembira bila hujan. Lumrah manusia, tapi yang penting kita kena sentiasa bersyukur atas kurnianNya. Rugi kalau kita terus merungut tanpa mengambil kesempatan atas situasi yang ada.

teringat saya cakap ustaz dalam tazkirah di masjid sebelum tarawikh semalam. rugi kalau tak ambil kesempatan untuk beribadan di dunia ni. contoh yang mudah, sekiranya kita meninggalkan solat zohor pada hari ni, 1.9.2009, kita tak akan jumpa solat zohor di hari dan waktu yang sama sepanjang hidup kita. tu yang rugi tu. nasihat untuk diri sendiri dan rakan-rakan, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Wednesday, August 26, 2009

istimewanya uitm

hari ni saya dan cik hisyam berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat kemasukan bagi sesi disember 2009. agak lama meeting disebabkan isu status bumiputra. memang agak sukar untuk menentukan taraf bumiputra semasa interview terutama kaum-kaum di sabah dan sarawak. kalau tak di amati betul-betul, salah ambil, jawabnya panel yang menginterview kena la menjawab dengan orang atasan.

Tertarik dengan ungkapan wakil dari fakulti bahasa. "demi anak bangsa, kita kena interview, tapis dengan baik. nak mencari permata, kena pilih, tak boleh main kaut je, tu yang dapat kerang, lokan, kepah dan sliper jepun saiz 6 belah kiri" (yang seliper jepun tu saya tambah la)

itulah istimewanya uitm. kalau ipta lain, cuma menyatakan syarat kelayakan adalah warganegara. so sesiapa yang sedang belajar atau yang dah grad dari uitm, usah diragui, anda memang bumiputra tulin. bangga sebab anda semua dapat belajar di universiti yang unik didunia dan semestinya saya bangga kerana dapat berkongsi ilmu yang tak seberapa dengan anak-anak bangsa.

"wujud mu di sini, di tanah anak merdeka"

Tuesday, August 25, 2009

malang tak berbau

Dengan menggunakan bot polis yang agak canggih, kami bergerak dari jeti LKIM ke pulau kapas. Angin laut yang menderu membuatkan masing-masing melayan pemandangan indah disekeliling.

"jaga....jaga" tetiba pelajar yang duduk di bahagian bawah bot menjerit. sepantas kilat ada objek putih yang melayang dan mengena muka kak pujiah. rupanya tutup toyogo box untuk simpan peralatan yang melayang.Keadan menjadi cemas. kak pujian dah menekup muka. cuma nampak keningnya berdarah. risau jugak sebab dia pakai spek mata. nasib baik la spek mata yang dia pakai tu dibuat dari plastik, tak de la kaca yang pecah memasuki mata. Cuma spek mata saja yang patah. dengan bantuan en. mad, pembantu perubatan, keadaan dapat dikawal. cuma kak pujiah kena la menahan, seminggu tanpa spek di pulau kapas.

Selamat datang

Alhamdulillah, ramadhan datang lagi dan sebagai hambanya, saya amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan ramadhan. Di kesempatan ini saya nak memohon maaf daripada sesiapa saja yang mengenali saya sekiranya ada salah dan silap.

Kebiasaan tiap-tiap permulaan ramadhan, keluarga akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama dan dikala coretan ini saya tulis, kakak dan kakak ipar sedang sibuk menyiapkan juadah puasa. Semua ada, long, kak long, kak ta, de dan abang de, teh, andah dan keluarga, saya dan keluarga (opsss, maafkan saya), abang pit dan adik saya yang bongsu, izham. Saya hanya ditugaskan menyiang daging dan mengait kelapa. dengan bantuan piji, student yang ikut saya balik kampung, cepat la dapat disiapkan dan dapat ziarah kubur arwah ayah kejap tadi (al-fatihah untuk arwah hj sulaiman bin sat).

Dalam yang lain meriah menunggu puasa, ada dua orang anak sedara yang terbaring mengira waktu untuk berbuka. maklum la, pertama kali belajar puasa. Pak sedara asyik menyakat suruh makan je. nak tergelak jugak bila adik saya pujuk angah untuk tido, esok je berbuka. Untuk angah dan yamin, alah bisa tegal biasa. teruskan usaha-usaha murni. teringat masa mula-mula belajar puasa dulu, air liur pun tak ditelan. memang amat2 menyiksakan sebab ingatkan kalau telan air liur, batal puasa. tu yang bahaya kalau beramal tapi tak betul-betul faham hee..hee..

untuk sahabat sekalian, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat ‘berpesta’ mencari pahala. assalamualaikum.

Trip pertama

“Cik Din, kau boleh pergi” kata hisyam ringkas. “pegi mana?” pelik tanya ku lagi. “ikut final camp kat pulau kapas la”. pelik jugak, biasa kalau ada jawatan jarang di lepaskan untuk keluar sampai seminggu. “thanks bos” kataku dalam hati. Dah lama tak ikut aktiviti rekreasi luar ni. entah boleh ke tidak. tapi mengenangkan hisyam sorang-sorang menjaga keselamatan pelajar 64 orang, tinggalkan lah dulu keje-keje pengurusan dan keje-keje akademik untuk ke pulau kapas.

Harap-harap semuanya berjalan lancar. dengan niat untuk berkongsi ilmu sekadar yang ada, tepat jam 7.14 malam bas memulakan perjalanan dari shah alam ke marang. ya Allah, selamatkan perjalan kami pergi dah balik, amin…

Tepat jam 4.14 pagi, kami sampai di masjid marang (kalau tak salah). masing2 mamai, terus cari port untuk sambung mimpi indah mana yang tertangguh tadi. sedar-sedar azan subuh berkumandang. Senario biasa sekarang ni, yang memenuhi masjid-masjid hanya golongan tua. Teguran ni untuk diri sendiri jugak, jangan sekadar mewarisi apa yang ada, faham dan amal yang berterusan adalah yang terbaik.

Lepas subuh, aku ngan cik ali dah mencari sarapan. dengan bantuan mak cik di surau, kami dapat mencari kedai makan. Cuba berbahasa tempatan masa bertanya mak cik tu tadi, kat mana kedai makan. walaupun agak sumbang bahasa tempatan yang aku guna, yang penting dia faham dan kami dapat cari kedai makan. Itu bermakna komunikasi telah berlaku.

Kedai makan yang simple, kat depan rumah je tapi roti canai dan kari ikan dia memang menangkap. kalau kat shah alam asik roti canai mamak je, ni merasa la roti canai “orang melayu”. Jam 10, kami bergerak ke jeti LKIM untuk meneruskan perjalanan ke pulau kapas.