Wednesday, September 2, 2009

kawan-kawan lama..

semalam sekali lagi saya berkesempatan buat majlis berbuka puasa kecil-kecilan untuk kawan-kawan ketika di upm dulu. agak penat tapi dengan bantuan isteri persatuan rakan-rakan, semua kerja siap on time. disebabkan menunggu ahli untuk datang, majlis makan-makan terpaksa dimulakan jam 9. tapi yang penting enjoyyyyy, apa... enjoyyyy....

lepas makan, yang lelaki biasa la, merokok di luar. saya yang tak merokok ni pun join jugak tapi sambil makan kaki ayam goreng. yang perempuan sambung borak-borak di dalam. bila dah berkumpul, terlalu banyak kisah-kisah dikolej yang nak diceritakan dan yang terpenting, semua speak the same language, ada joke je, semua dah boleh tangkap. tu lah indahnya zaman belajar. terlalu cepat masa berlalu. bila tengok masing-masing dah jadi ibu dan ayah, rasanya baru semalam sama-sama pegi curi durian kat dusun upm.

kenangan terindah ialah semasa di universiti. bila dah memasuki alam kerja, semuanya lebih pada tanggungjawab. so kepada yang masih belajar, jangan sia-siakan masa ni, join sebanyak mana aktiviti agar ianya menjadi kenangan yang indah, pengalam yang tidak tertulis dalam mana-mana buku teks. anda "gagal" sebagai pelajar universiti jika anda hanya mampu untuk mengenggam segulung ijazah tanpa mendapatkan pengalaman hidup.

yang dah bekerja, jangan sia-siakan persahabatan yang telah anda bila ketika belajar dulu.

jumpa lagi

8 comments:

PPT said...

Biaq la makan dengan dengan kawan..
Jangan kawan makan kawan....

Norasrudin Sulaiman said...

setuju tu malin.kebanyakannya kawan makan kawan la. yang rapat ngan kita pun kawan2 yang sama2 makan nasi je.

sname said...

salam..
en din abc..
hehe

x popularkan ke kawan2 lama

Mohd Hazriq Abu Zarin said...

Ape???..enjoooyyy..!!

hisyamchemat said...

[...rasanya baru semalam sama-sama pegi curi durian kat dusun upm...]

Apa nie? Tak baik tau, curi-curi. hehehehe

yazilahyazir said...

Salam En. Din,
Saya harap kita semua dapat kekal bersahabat sehingga ke akhir hayat...

Norasrudin Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Norasrudin Sulaiman said...

hisyam, salah istilah, bukan curi, tolong kutip. budak2 4th pun pandai kutip2 durian ni hee..heee..