Monday, August 31, 2009

ruginya...

hari pertama bulan september 2009, mendung seakan nak hujan. Di malaysia cuma ada dua pilihan cuaca, tak hujan, panas. kalau dah turun salji, cepat-cepat la kita bertaubat. sesetengah mungkin mengeluh dengan hujan tapi pasti ada yang senyum gembira bila hujan. Lumrah manusia, tapi yang penting kita kena sentiasa bersyukur atas kurnianNya. Rugi kalau kita terus merungut tanpa mengambil kesempatan atas situasi yang ada.

teringat saya cakap ustaz dalam tazkirah di masjid sebelum tarawikh semalam. rugi kalau tak ambil kesempatan untuk beribadan di dunia ni. contoh yang mudah, sekiranya kita meninggalkan solat zohor pada hari ni, 1.9.2009, kita tak akan jumpa solat zohor di hari dan waktu yang sama sepanjang hidup kita. tu yang rugi tu. nasihat untuk diri sendiri dan rakan-rakan, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

2 comments:

PPT said...

Cik Din,
Apa cerita....
Sms takdak reply apa pun....

Budak Bijak - 54L said...

Sejuk hati bila baca post en.din ni,sesejuk cuaca di luar sana...post yang membuka minda agar menyedari kewajipan itu.salam ramadhan....

bijak2....