Wednesday, July 9, 2008

sahabat

hari ni hari (10.7.2008) terakhir aku menetap di tanjung malim. selepas serahkan kunci rumah sewa pagi esok (jumaat, 11.8.2008) maka tamatlah tempoh aku menetap di sini. kenangan yang indah dan pahit akan ku simpan dalam lipatan sejarah hidupku. dalam melayan kerenah manusia disini kadang-kadang aku mengaku kalah. tak mampu untuk menghadapi hiruk pikuk perangai manusia, sesak fikiran diasak dengan benda-benda yang tak sepatutnya aku fikirkan. tu lah kerenah manusia. tapi aku amat faham dan mengerti tentang dugaan dari ALLAH. syukur atas segala nikmat yang dilimpahkanNya.


dugaan belajar. dugaan yang tak disangka malah paling besar dalah hidup seorang yang bernama norasrudin sulaiman semenjak 33 tahun 7 bulan 10 hari menjejakkan kaki di plenet bumi yang indah ciptaanNYA. 3 tahun kebelakang dalam hidup, terlalu banyak dugaan dan tanpa sahabat sejati yang sentiasa bersama dikala senang atau susah, berkongsi cerita suka duka dan pengalaman hidup, aku pasti tak mampu untuk mengharungi segalanya dengan tabah.



syukur aku panjatkan kepada Allah kerana aku masih lagi mempunyai sahabat yang menyenangi kehadiran ku. coretan kali ni aku tujukan khusus untuk sahabat di upsi yang sama-sama berkongsi kisah suka-duka, pembakar semangat, pencetus idea, penceria suasana. cukup untuk dijadikan rencah dalam mencorak hidupku. Puan siti hartini, terima kasih tak terhingga atas segalanya, membuatkan aku mengerti erti sahabat sejati. nel, acik, shila dan siti, terima kasih kerana mematangkan hidup ku. kenangan manis tak akan ku lupakan dan akan terus kekal dalam lipatan sejarah hidup ku. mendengarkan lagu sahabat nyanyian aizat membuatkan aku amat mengingati sahabat-sahabat di upsi. lagu ini untuk anda semua. jutaan terima kasih atas segala-galanya.


Sahabat-aizat

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Korus:

Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Tuesday, July 8, 2008

akhirnya...

dah tiga tahun setengah aku kat tanjung malim. minggu ni minggu terakhir disini sebagai full time student. pastinya banyak kenangan aku kat sini. biarlah aku simpan sebagai salah satu kenangan terindah dan bermakna dalam hidup. tugas menanti di hadapan tapi aku tak nak memikirkan tentang tugas. biarlah aku terus menikmati saat-saat indah di tanjung malim.

terharu bila ramai kawan-kawam yang mengucapkan selamat jalan. termasuk jugak uncle tukang sapu yang aku panggil uncle alleycat. memang suaranya serak2 suara loga. kalau jumpa dari jauh aku dah menyapanya "makasihhhhhhhh". dia memeluk aku semalam. "cikgu, jangan lupa saya ye".

ucapan terima kasih pak cik darus, jep, jo, abang karim, kak lela, abang usop bomba, nor, bedah, yana, khalid, ane, malau, ustaz zul, abang don, seluruh keluarga evolution, team eagle dan semua yang mengenali dan yang sentiasa memberikan semangat. tak mampu aku senaraikan semua tapi semua memberikan makna yang amat mendalam dalam hidup ku. terima kasih dan aku panjangkan doa agar anda semua dikurniakan kesihatan dan kebahagian.moga jumpa lagi. assalamualaikum

Saturday, July 5, 2008

hikmah di sebalik kekurangan

tengah sedap aku menikmati teh tarik ngan nasi goreng yang jep masak, aku ditegur dari belakang. "cikgu, dah lama pak cik cari awak". aku kenal suara tu, bila aku toleh memang sah, pak cik darus yang menyapa aku. aku jemput dia minum sekali. tak nak katanya sebab dia ada masalah. aku cuba menenangkannya dan mintak dia cerita apa masalah dia. rupanya talian talifon rumah dia nak kena potong. dia mintak tolong sangat-sangat agar aku bawak dia ke tempat bayar talifon. susah katanya, pak cik tak pe, tapi kalau ayah sakit, pak cik nak buat macam mana? pak cik ada basikal je. dalam kekurangan pak cik darus, tak fikirkan tentang dirinya tapi ayah segala-galanya. pelik kadang-kadang adik beradik yang sihat dan kerja bagus, terlupa tentang tanggungjawab terhadap ayah yang seorang dan abang yang kurang sihat. bukan mintak dijaga tapi sekurang-kurangnya sediakan lah keperluan asas.

"bill ada pada pak cik tak?" tanya ku. ringkas pak cik darus jawab, "pak cik tak tau tapi ayah kata tadi ada orang datang nak potong talifon". "berapa ringgit yang kena bayar pakcik cik? " tanyaku lagi."nanti pak cik balik tanya ayah dulu. bill atas nama adik pak cik, tu yang pak cik tak tau tu. agaknya mungkin dia terlupa nak bayar". dia masih berfikiran positif tentang adiknya. setau aku, kalau dah sampai nak kena potong, mesti dah beberapa bulan tak bayar, tak timbul soal terlupa.

aku ikhlas tanya, "pak cik ada duit tak?. kalau dah sampai nak kena potong, banyak jugak yang kena bayar agaknya". ringkas dia menceritakan rancangannya, "pak cik cadang nak keluarkan duit tabung haji dan tambah dengan duit upah mengurut. mintak tolong cikgu bawakkan pak cik ke tabung haji dan ke tempat bayar telifon. cikgu kena tolong pak cik" rayunya. "pak cik jangan risau, saya tolong" kataku. "sekarang ni pak cik balik cari bill dulu, esok bawak bill, buku tabung haji jumpa saya di kedai karim, kita sarapan sama-sama". dia mengangguk tanda faham. aku meneruskan acara makan ku yang tertanggung hampir 15 minit.

selang seminit, kak lela, tuan punya kedai datang bertanya "cikgu makan apa? minum apa?" "kenapa kak lela?"tanyaku. pelik jugak, biasanya kalau nak bayar, aku akan ke kaunter. "pak cik darus nak bayar" tambahnya lagi. aku terus berlari ke kaunter bayaran dan memeluk pak cik darus. "pak cik, kita nak kawan lama, saya tak nak macam ni. saya nak tolong pak cik ikhlas". memang perlahan suara aku, terharu dan sebak bercampur sebab aku tengok kat tangan pak cik darus ada sekeping duit rm 50 yang kemas berlipat. aku tau yang duit tu dia dah simpan lama, tak digunakan. tapi sebagai menghargai niat orang nak menolongnya, dia gunakan jugak duit tu. "pak cik", kata ku. "jangan buat macam ni, saya ikhlas". "pak cik tak kira, pak cik nak bagi jugak cikgu kain pelikat, sebab cikgu nak tolong pak cik", tambahnya lagi.

sepanjang jalan untuk ke perpustakaan, aku tak habis-habis memikirkan tentang peristiwa tadi. berapa la sangat duit bulanan yang dia dapat, bantuan orang kurang upaya rm200 + duit mengurut serba sedikit untuk perbelanjaan bulanan dia dan ayah. tetapi sikap dia buat aku tersentuh. kita yang sihat dan ada rezeki lebih pun kadang-kadang berfikir dua kali untuk bersedekah. ya Allah, indahnya setiap kejadianMU.