Saturday, September 12, 2009

yang membezakan..

kuliah subuh baru-baru ni telah membincangkan tentang bab ibadah. ustaz yang menyampaikan kuliah amat pandai untuk menggunakan contoh-contoh yang mudah agar senang difahami oleh jemaah. ibadah berlaku apabila hambaNya merasakan diri mereka cukup hina di sisi Allah, dia ingat Allah pencipta maka terjadilah ibadah. konsep yang amat jelas dalam beribadah ialah ikut apa yang nabi buat. kalau nabi tak buat, jangan kita mereka-reka ibadah, hilang untuk dapat pahala dan keredaan Allah tetapi mendapat murka Allah. Sesuatu yang pasti, untuk kita memegang passport sebagai umat islam (bukan melayu ye) kita kena solat kerana yang membezakan umat islam dengan orang-orang kafir ialah solatnya.

Dizaman umat manusia dahagakan ibadah tanpa faham benar-benar akan maksud ibadah, maka timbul ajaran-ajaran sesat yang ibadahnya direka-reka oleh pengasasnya. Di Selangor sahaja terdapat 71 ajaran sesat yang sudah disiasat dan disahkan. Statistik ini tidak termasuk yang belum disiasat dan belum disahkan.

Kebanyakan ketua-ketua ajaran sesat ni memikirkan konsep ibadah ikut logik akal. sebagai contohnya, solat ialah cara kita ingatkan Allah. Kalau secara logik akal, kita berzikir pun kita ingat Allah. ada ajaran sesat yang menganjurkan pengikutnya tidak perlu sembahyang, hanya berzikir sebab maksudnya sama, mengingati Allah. Kalau kita berbalik pada amalam Nabi Muhammad s.a.w, pesuruh Allah yang tidak pernah lekang dari berzikir, namun Rasulullah juga bersungguh-sungguh dalam solatnya untuk mengingati Allah sehingga bengkak kaki baginda. Malah baginda juga tidak pernah tinggal solat berjemaah. Jika kita berbalik kepada konsep asas beribadah tadi, buat apa yang Rasululah buat, nescaya kita selamat. Tak kira lah sheikh atau tuan guru yang menganjurkan ajaran sesat tu pakai serban sebesar rumah, sesat tetap sesat.

Kajian oleh universiti tempatan tentang sinario orang-orang kenamaan yang menjadi pengikut ajaran sesat. ini adalah kerana diwaktu mudanya, tidak pernah kenal agama. bila dah berusia, sudah insaf, bertemu pula dengan ketua ajaran sesat, jadi mereka ikut tanpa faham akan konsep Islam kerana mereka dijanjikan syurga oleh ketua-ketua ajaran sesat. mintak kita dijauhkan dari semua benda-benda yang sesat ni.


Kisah ni saya tulis sekadar berkongsi apa yang saya dapat sambil mengingatkan diri saya agar kita jelas tentang konsep beribadah. Allah maha memurah lagi maha mengasihani. Walaupun segala nikmat telah kita gunakan, antaranya nikmat pancaindera, nikmat hidup, nikmat udara, namun kita masih tidak solat dan tidak ingart padaNya, Allah masih memberikan kita ruang dan peluang untuk hidup di bumiNya. Jadi untuk ingatkan diri saya dah rakan-rakan, jangan tinggalkan solat, tiang agama kerana rosak tiang, goyanglah agama.

moga kita sama-sama dapat rahmat dari Allah, amin.

jumpa lagi, assalamualaikum.

3 comments:

Haron said...

Salam,
Akidah adalah segala2nya. Terpesong dan terikut2 dengan ajaran ulama palsu inilah membutakan hati mereka. Mengaji biar berguru, beragama juga begitu. Tapi adakah mereka yakin dengan guru?...Itu yang kita harapkan, agar memilih guru-guru agama yang benar2 berada di atas landasan. Tidak mudah tergelincir dan seterusnya terbalik. Insyaallah

Budak Bijak - 54L said...

Salam Ramadhan,
post yg terbaik,jelas dan padat...mudah difahami,semoga kite same2 diberkati hidup di dunia dan akhirat...Amin

terima kasih...

zainal said...

Betul dan sgt setuju. Memang kebanyakan org yg ikut guru sesat ni adalah org yg masa mudanya sibuk mencari harta dan masa kecilnya terbiar dari ajaran islam. Ramai org KL yg aku jumpa mcm ni. Rasanya perkara yg paling penting dan aku setuju hingga hari ini ialah pendidikan agama dan dunia bermula di rumah. Peranan ibu bapa sgt penting, supaya bila anak mereka dewasa dan menghadapi dunia sebenar..mereka dapat membezakan yg baik dan buruk.