Monday, October 13, 2008

adat dijunjung

assalamualaikum semua. jumpa lagi. sambil-sambil menunggu untuk melawat uitm jalan osman, sempat la berkongsi cerita di klia baru-baru ni.

saya berpeluang untuk ke uitm kota kinabalu untuk mengendalikan sesi temuduga bagi pelajar-pelajar lepasan spm yang ingin memasuki program diploma pengajian sukan.

Saya ingin kongsikan cerita di klia. Ceritanya ringkas tetapi saya rasa unik. selepas check-in saya terus ke kaunter pemeriksaan untuk ke balai berlepas. Dalam barisan untuk diperiksa, dihadapan saya ada satu keluarga yang juga ingin ke kota kinabalu. agaknya baru balik dari cuti raya. keluarga muda, ibu, ayah dah dua anak lelaki yang agak-agak saya berumur 3 dan 4 tahun.

Anak yang pertama saya bahasakan sebagai abang. Abang melalui mesin pengimbas, blip..blip.. berbunyi. So polis yang ditugaskan untuk menjaga mesin pengimbas tu nak buat body check kat abang. Bila polis tu angkat tangan nak periksa, abang terus capai tangan polis tu untuk bersalam.siap cium tangan polis tu lagi. Semua yang tengok kejadian tu tergelak. saya secara sepontan mengucapkan tahniah pada ibu bapa abang sebab memberikan asuhan yang sempurna untuk anak mereka. tersipu-sipu malu emaknya.

Walau sejauh mana kita pergi, adat tetap kita ingat. tapi bila saya lalu mesin pengimbas dan ada juga berbunyi, tak de la saya salam cium tangan ngan polis tu. ok lah, jumpa lagi. assalamualaikum

3 comments:

wegreentheearth said...

salam En.Din..
kalu En.Din salam cium tgn polis tu mau kena gari terus agaknya..
ahaks..

hisyamchemat said...

baguih ... baguih.

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

hahahahaha..lawak la post kali ni en.din. Tergelak sorang2 saya ni. Nape en.din tak cium skali, baru la gempak. lagi kecoh kot klia tu.