Monday, October 13, 2008

berdikari.

assalamualaikum semua,

rasanya tak terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya untuk semua yang menjengok blog saya. maaf sekiranya ada salah dan silap. selamat hari raya saya tujukan khas untuk ahli2 perlu.

raya bila dah semakin dewasa ni (bukan tua ye, dewasa) makin tak feel. tahun ni abang dan kakak yang dah kawin raya dia rumah mertua. Yang belum kawin lagi ni je la yang tinggal di rumah mak. biasanya pagi raya, lepas solat sunat aidilfitri, berkunjung ke beberapa buah rumah dah diakhiri dengan tahlil di pusara (alfatihah untuk arwah sulaiman hj sat). tu kebiasaan yang diamalkan di kampung saya, kampung baru huma luas, chenor. Tapi adat kunjung mengunjung tu memang masih menebal di kalangan orang kampung. biasanya raya pertama kita akan tunggu kedatangan saudara mara yang jauh. raya kedua barulah kita pulak yang membalas kunjungan.

raya kedua, jiran saya menerima kunjungan dari adik beradik dan saudara mara. keluarga besar ramai la yang datang. saya tengok dari jauh je la kemeriahan suasana di rumah jiran dan lepas tu saya sambung borak dengan rakan-rakan yang datang ziarah. Lebih kurang dalam sejam, saya dengar ada suara budak bagi salam. umur dalam 3 ke 4 tahun, berbaju melayu siap bersamping lagi. raya kan, so saya jemput la dia naik. dah la dia sorang-sorang. Saya pun tukar rancangan kartun dan jemput dia duduk. Tanya la anak siapa sebab saya memang tak kenal dengan younger generation ni. jemput dia makan dan minum. biasanya budak-budak ni nak duit raya je tapi yang ni tak. siap tambah air lagi. penat agaknya. saya pun bagi la duit rm 5 untuk dia sebab dia datang sorang-sorang. bagus, pandai berdikari.

Selang 20 minit kalau tak silap, rumah jiran kecoh. macam mencari sesuatu. ada yang pusing keliling rumah. saya pun tak la ambil tau. Then cik nan, jiran saya datang bertanyakan ada nampak budak kecik dengan dia bagi spesific description. selamba je budak tu jenguk kat tingkap.... "tok, jom la raya kat sini, amin dapat 5 ringgit duit raya". "ya allah, kat sini rupanya dia, kat rumah tu dah kecoh mencari, ada yang naik motor keliling kampung cari dia'... cik nan terus peluk budak tu sambil cium tanda syukur. saya pun terfikir yang kecoh-kecoh tadi cari budak ni la agaknya. lepas salam dengan saya, budak tu pun ikut toknya balik.sambil jalan tu sempat lagi dia tunjukkan toknya duit 5 ringgit.

geleng kepala saya. macam ni punya cerita pun ada. sibuk beraya, anak kadang-kadang terlepas pandang. tapi saya tabik dengan amin, budak kecik tu sebab pandai berdikari.

ok lah, kita jumpa lagi. selamat hari raya.assalamualaikum

No comments: