Wednesday, July 9, 2008

sahabat

hari ni hari (10.7.2008) terakhir aku menetap di tanjung malim. selepas serahkan kunci rumah sewa pagi esok (jumaat, 11.8.2008) maka tamatlah tempoh aku menetap di sini. kenangan yang indah dan pahit akan ku simpan dalam lipatan sejarah hidupku. dalam melayan kerenah manusia disini kadang-kadang aku mengaku kalah. tak mampu untuk menghadapi hiruk pikuk perangai manusia, sesak fikiran diasak dengan benda-benda yang tak sepatutnya aku fikirkan. tu lah kerenah manusia. tapi aku amat faham dan mengerti tentang dugaan dari ALLAH. syukur atas segala nikmat yang dilimpahkanNya.


dugaan belajar. dugaan yang tak disangka malah paling besar dalah hidup seorang yang bernama norasrudin sulaiman semenjak 33 tahun 7 bulan 10 hari menjejakkan kaki di plenet bumi yang indah ciptaanNYA. 3 tahun kebelakang dalam hidup, terlalu banyak dugaan dan tanpa sahabat sejati yang sentiasa bersama dikala senang atau susah, berkongsi cerita suka duka dan pengalaman hidup, aku pasti tak mampu untuk mengharungi segalanya dengan tabah.



syukur aku panjatkan kepada Allah kerana aku masih lagi mempunyai sahabat yang menyenangi kehadiran ku. coretan kali ni aku tujukan khusus untuk sahabat di upsi yang sama-sama berkongsi kisah suka-duka, pembakar semangat, pencetus idea, penceria suasana. cukup untuk dijadikan rencah dalam mencorak hidupku. Puan siti hartini, terima kasih tak terhingga atas segalanya, membuatkan aku mengerti erti sahabat sejati. nel, acik, shila dan siti, terima kasih kerana mematangkan hidup ku. kenangan manis tak akan ku lupakan dan akan terus kekal dalam lipatan sejarah hidup ku. mendengarkan lagu sahabat nyanyian aizat membuatkan aku amat mengingati sahabat-sahabat di upsi. lagu ini untuk anda semua. jutaan terima kasih atas segala-galanya.


Sahabat-aizat

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Korus:

Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

7 comments:

PPT said...

Che Dean,
Takpa, nanti di Shah Alam banyak kawan-kawan akan menunggu kepulangan Che Dean.
Tapi kalau kawan-kawan kat Shah Alam tak mau jadi geng, geng kat Puchong boleh jadi kawan jugak. Mai sini pekena pulut makan dengan durian di'Home of the REserve'.

Cheers....

hisyamchemat said...

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berkampung selama kurang lebih 3 tahun. Selamat kembali ke pangkuan FSR.

neeilnadal said...

asalamualaikum mate,
terima kasih kerana menerimaku sebagai salah seorang sahabatmu. Ye memang geng kita nie best sangat, terlalu banyak kisah suka, duka dan saling bergantungan antara satu sama lain. Tak dapat lupakan pertolongan u all semua semasa patah kaki dan paling berharga meredakan ketensionan terutama masa tgh mental jam dalam mengharungi PhD nie. Sokongan dan semangat yg u beri son, amat bermakna dan dihargai.Terima kasih tidak terhingga..
sama-samalah kita berdoa supaya semua geng kita nie dapat menghabiskan PhD dengan jayanya dan dapat menjadi para cendiakawan yg berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Lastly semoga persahabatan kita berkekalan ke akhir hayat amin....

kalau free tu jenguk2la kami di Karim ok!!!

rezi said...

sunto,

ie dah ada blog tak bagi tau akak ye. kawan adalah persahabatan waktu kita senang manakala sahabat adalah persahabatan waktu kita susah dan senang. insyallah dunia dan akhirat. maka kita perlu sentiasa mendoakan mereka. amin

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam Dr.sunto,

tahniah..selamat maju jaya..amin

sname said...

che din bila nak cite pasal kenyir lak..
hehe

yazilahyazir said...

salam che din..
bile nak update ni..
asyik pulang kunci je...
hahahhah