Sunday, June 22, 2008

indahnya pagi

ahad, sama je tiap-tiap minggu. kalau tak menyambung tido selepas subuh aku merayau di pasar pagi shah alam sambil mencari sarapan pagi. minggu ni aku menghabiskan hujung minggu di tanjung malim. bulan terakhir sebelum menamatkan tempoh pengajian ni rasanya nak je aku menikmati setiap saat di tanjung malin dengan penuh bermakna. peluang aku habiskan dengan berbasikal sendirian di sekitar tanjung malim.

menu : baju t isn + 3 q puma+ kasut nike air+basikal paragon (housemate punya) + cycling halmet paragon+ water bottle.

rencah : taman ketoyong - pekan tanjung malin - taman bahtera - desa selesa resort- upsi - taman ketoyong.

aku bermula 7.30 pagi. idea last minute bila dah boring jogging. Perjalanan dimulakan di taman ketoyong. aku singgah di sebuah sekolah tamil di tanjung malim. ada sukan sekolah. pelik sebab sekolah tamil tapi semua kat padang tu kaum cina. rupanya sebuah sekolah kebangsaan cina di tanjung malim yang gunakan padang tu. bila tengok budak-budak sekolah ni teringat zaman sukan sekolah. rumah yang biasa kita dengar rumah merah, biru, hijau dan kuning. seingat aku, zaman sekolah rendah dulu aku rumah merah. semua yang datang memakai nombor peserta. maknanya semua pelajar kena ambil at least satu acara. memulakan acara, 100 meter, saringan agaknya. kalau tak salah budak-budak darjah satu. budak-budakkan, fikiran masih tidak dikotori dengan hasad dengki. di pertengahan larian ada yang terjatuh, dua orang pelajar yang berlari di lorong sebelah membantu, lupa diaorang tengah lumba lari. mak ayah terjerit-jerit mintak anak-anak mereka teruskan larian.tak tertahan aku menahan gelak.indahnya zaman kanak-kanak kan, tak de pun terfikir harga minyak naik ke, bekalan tepung tak de ke. tak pe lah, aku tinggakan sekolah tu dengan senyum melebar.

melintasi stesyen komuter tanjung malim, 100 % dah siap cuma tunggu masa untuk beroperasi. sikap ingin tau, aku tanya uncle guard yang kerja kat situ. ogos start katanya. satu hari nanti aku mesti cuba komuter ke tanjung malim ni. sempat jugak stretching kat sini sebelum meneruskan kayuhan.

sunyi, tu je boleh digambarkan tentang pekan tanjung malim pagi-pagi ahad ni. rasanya sama macam shah alam sebab hari ahad la orang balas dendam, tido. kalau di shah alam pukul 10 pagi baru la kedai-kedai makan penuh. tapi kat sini berbeza. seawal pukul 7.00 pagi pun kedai makan dah penuh. awal-awal ni untuk yang balik berjemaah subuh dari masjid. beza disini agaknya ramai yang kerja sendiri jadi pagi ahad masa untuk bersantai dengan kawan di kedai kopi. kedai-kedai lain memang tak buka lagi. adat la kalau pekan universiti kan. time student cuti, pekan tanjung malim pun sepi.

sepanjang perjalanan, banyak kedai-kedai makan kampung yang buka dan semua kedai mempunyai pelanggan masing-masing. tu la, tak kira la kat bandar besar ke, kat pekan kecil ke tapi rakyat malaysia lebih selesa untuk bersarapan di kedai daripada memasak untuk sarapan pagi.

perjalanan aku teruskan ikut jalan pintas ke taman bahtera, kawasan kolej-kolej kediaman upsi. Uniknya upsi ni, kampus di negeri perak tapi kolej kediaman di selangor. nampak macam jauh tapi perjalanan dari kampus ke kolej kediaman memakan masa tak sampai 10 minit. jalan pintas ni menjadi kegemaran aku sebab ada sebatang sungai yang aku boleh singgah untuk basuh muka.segar dan nyaman airnya. Persekitaran tanjung malim memang terkenal dengan tempat-tempat rekreasi. tak sempat aku nak cover semua. kesedaran tu agak lewat. dah nak habis belajar baru la sayangkan tanjung malin ni. selepas singgah untuk merasa kesegaran air sungai aku teruskan perjalanan ke desa selesa resort. ingat lagi, mula-mula masuk upsi aku dah dibawa melawat ke desa selesa resort sebab masa tu pelajar sains sukan buat 1st camp kat situ. dah lama tak ber'outdoor' ni tapi jemputan dari bekas pensyarah, en. bakar, aku habiskan malam tu kat resort sambil borak-borak. masa tu tak fikir pun tentang phd ni, tak de arah lagi tapi tu 3 setengah tahun lepas. cepatnya masa berlalu.

sekejapnya masa berlalu kan, sambil duduk di titi gantung, ingatan terhadap 1st camp 3 setengah tahun yang lepas masih jelas terbayang. aku habiskan 30 minit atas titi gantung tu tapi tak tau apa yang aku fikirkan, terlalu banyak yang bermain di fikiran, leka. Nasib baik bising budak-budak mandi sungai memnyedarkan aku. terus je rasa lapar. aku meneruskan perjalanan memasuki upsi sebelum meneruskan perjalanan balik ke taman ketoyong. memang jauh perjalanan pagi ni, dari perak ke selangor dan patah balik ke perak heee..heee....

bermakna jugak hujung minggu aku di sini. lupa sekejap tentang thesis.

5 comments:

hisyamchemat said...

Assalamualaikum Bro,
Kenangan sebeginilah yang indah untuk dikenang dan menjadi memori sepanjang hayat.

Tergelak aku masa baca budak2 tu saling membantu masa tengah berlumba.

Norasrudin Sulaiman said...

thanks ungkal. kau tak tinggal bagi komen kat blog aku. dah la kau yang suruh aku tulis blog. ni yang makin semangat ni.hidup blog

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

Salam....

swit the moment

zainal said...

Dr Suunto, bila nak kayuh beskal sama-sama. semenjak meninggalkan Lumut ni beskal aku dah dihuni oleh spiderman dan kawan-kawanya.

Aku tau sekolah tamil dengan ko memang ada chemistry. Suunto + Sek. Tamil = menghasilkan bunyi POP. Berjaya le ujikaji tuu...

Ko patut bangga keran UPSI adalah tempat lahirnya pemimpin-pemimpin dan wira-wira negara. Jangan ko pulak jadi wakil pemusnah negara.

salammmm...

Anis H said...

awat tak update blog?...tak de citer baru ke?