Wednesday, June 18, 2008

erti hidup

pengalaman belajar di tanjung malim membuatkan aku lebih memikirkan tentang erti hidup. pekan kecil yang tidak semeriah shah alam tapi cukup memberi aku erti tentang kehidupan yang sederhana tetapi hormat menghormati. sedar tak sedar dah tiga tahun setengah aku di sini. keselesaan disini tanpa sesak kota membuatkan aku semakin sayu nak meninggalkan tanjung malim.antara ratusan yang aku jumpa dah beramah mesra di sini, ada seorang yang banyak mengajar aku tentang erti kasih sayang keluarga. pak cik darus tukang urut simpang empat, orang sederhana tetapi katanya dia mengidap penyakit sawan semenjak kecik. dia waras dan mampu berfikir seperti orang normal tapi pertuturannya dan pergerakannya sedikit terbatas kerana penyakit yang di hidapinya semenjak kecik. berbual dengan pak cik darus membuatkan aku tenang kerana hidupnya tidak banyak yang hendak dikejar. percaya atau tidak, sekali minum dia akan order 15 gelas teh o suam. buat ubat katanya sebab penyakit dia tak boleh kurang air.

menceritakan pengalamannya yang cukup di kenali di sini, dia tak lepas dari di pandang serong. perjalanan hidup yang panjang, basikal kesayangan peninggalan arwah emak 20 tahun lalu di curi membuat aku turut simpati. di sebalik semua tu, yang membuatkan aku tersentuh, dalam segala kekurangan yang dia ada, dia tak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga ayahnya yang tua dan terlantar.

pernah sekali mengikut pak cik darus balik kerumah menghantar makanan untuk ayahnya.tanpa kata-kata, air mata ayahnya berlinang, tanda terima kasih atas pengorbanan anak menjaga ayahnya walaupun serba kekurangan. aku cukup tersentuh, masih ramai insan mulia yang tidak lupa jasa ayah dan ibu yang membesarkannya.pak cik darus penah kata yang ayah jaga dia dari kecik takkan dia tak boleh jaga ayah bila dia dah besar. terus aku terkenang arwah ayah yang dah lama pergi. kisahnya amat ringkas tapi amat bermakna buat aku.sayang sementara ada, berbakti pada ayah dan ibu sementara hayatnya.

3 comments:

hisyamchemat said...

Setiap manusia akan ada ujiannya oleh Allah swt, semakin tinggi iman seseorang itu maka semakin besarlah ujian yang akan diturunkan Allah swt. Memang betul ada perumpamaan yang berbunyi, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Tetapi kita sedia maklum sesungguhnya Allah swt itu Maha Bijaksana, Dia tidak akan menurunkan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

akum..

Indahnya hidup ini apabila kita dapat melihat kebesaran Allah dalam ciptaannya...hanya dengan ujian kita dapat melihat siapa diri kita yang sebenarnya ..."melihat langit yang tinggi jangan di lupa rumput di bumi"......mengenal diri adalah kunci untuk mengenal penciptanya....

salam

PPT said...

Salam,
Value What You MIss, Not What You Have.


Cheers ....