Thursday, August 18, 2011

beri laluan..

assalamualaikum semua.

jumpa lagi setelah sekian lama tak memunculkan diri. mungkin sibuk, hanya yang empunya yang tau akan jawapnya.

puasa datang bersilih tahun. bulan ibadah, memang ramai yang berebut-rebut untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah, bukan calang-calang janji, Allah yang janji dengan pahala yang berlipat kali ganda. pahala solat sunat umpama pahala solat wajib. Tengok saja amalan menunaikan solat tarawikh. hari pertama, kalau saya boleh gunakan bahasa "melimpah" dengan jemaah. Ada sahabat yang datang kemasjid terpaksa balik ke rumah untuk mengambil sejadah, terpaksa solat di kaki lima. Alhamdulillah, memang tepat dengan gelaran bulan ibadah. semua saf penuh.

seminggu dua berlalu, jemaah makin menyusut. mungkin kesan perhubungan negatif antara dua pembolehubah, jangkamasa bulan puasa dan jumlah jemaah yang hadir. semakin meningkat hari dalam bulan ramadan, semakin kurang jemaah yang hadir. atau mungkin sifat melayu yang amat menebal dikalangan kita, sentiasa mengalah. tak pe lah, "awak lah yang solah di masjid, saya buat kat rumah je, kasihan, nanti ada orang terpaksa solat kat kakilima pulak".akhirnya, masjid-masjid dan surau-surau makin kosong. tapi semua tu adalah pendapat empunya, mungkin masing-masing ada alasan kenapa tak memenuhi masjid atau surau.

walauapapun, dimana kita berada, empunya amat percaya yang kita orang-orang islam tidak pernah alpa dari menunaikan kewajiban keatasNya, ingat pada pencipta kerana nikmatNya tidak terhitung. moga empunya dan umat islam semua masih bersemangat untuk merabut pahala di bulan ramadhan ni.

selamat berpuasa, berbuka, solat tarawikh dan bersahur untuk semua.

As salam

No comments: